Usia 16 Tahun, Tak Halang Sara Sofea Tawan Gunung Elbrus

Kehidupan

Usia 16 Tahun, Tak Halang Sara Sofea Tawan Gunung Elbrus

Umur yang muda bukanlah penghalang untuk gadis cilik ini mencipta rekod sebagai pendaki termuda Asia Tenggara dengan menawan Gunung Elbrus di Rusia yang merupakan gunung tertinggi di benua Eropah.

Sara Sofea Muhammad Illaham 16, berjaya tiba di di puncak Elbrus setinggi 5,642 meter pada jam 4.25 petang 16 Ogos lalu.

Sarah Sofea berjaya tba di Gunung Elbrus

Advertisement

Menurut Sinar Harian, pengiktirafan tersebut diberikan oleh Presiden Mountaineering, Rock Climbing & Sports Tourism, Federation Of Kabardino-Balkarian, Republic Of Russia, Abdul Halim Olimezov kepada pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

Dalam satu kenyataan Kelab Jelajah Alpine Malaysia (KJA), kejayaan ini mencatat satu lagi sejarah baharu buat negara dalam sukan ekstrem terbabit.

Semasa pendakian beliau, Sara Sofea diiringi jurulatihnya iaitu bapanya sendiri, Muhammad Illlaham Ishak bersama Presiden KJA, serta seorang lagi pendaki sokongan iaitu pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM), Muhammad Farhan Abdul Rahman.

Sarah Sofea bersama bapanya sebagai jurulatihnya dan seorang pendaki sokongan

Sara Sofea berkata, beliau mendedikasikan kejayaan menakluk Gunung Elbrus serta mencipta rekod itu kepada seluruh rakyat Malaysia sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-62 tidak lama lagi.

Syukur Alhamdulillah, akhirnya dapat mencapai impian untuk ke puncak tertinggi Eropah walaupun dalam keadaan mencabar fizikal dan mental saya. Ini satu pendakian yang sukar kerana faktor ketinggian, cuaca sejuk dengan suhu di bawah paras beku negatif 20 darjah Celsius termasuk beban peralatan pendakian.

Menurut bapanya, Sara Sofea mempunyai semangat yang kental dan tidak mudah mengalah dengan cabaran yang dilalui sepanjang 12 jam pendakian ke puncak Elbrus.

Sara Sofea sempat mengalami beberapa kesukaran termasuklah Acute Mountain Sickness (AMS) iaitu tindak balas tubuh terhadap kadar oksigen yang sedikit di tempat tinggi.

Namun kerana sokongan daripada bapa dan pendaki sokongannya membuatkan beliau kembali bersemangat untuk meneruskan pendakian sehingga akhir.

 

Tahniah adik kerana berjaya mengharumkan nama Malaysia, teruskan usaha mendaki gunung lain pula pada masa hadapan.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...