Usher Akui Yuna Berjaya Tambat Hatinya

Hiburan

Usher Akui Yuna Berjaya Tambat Hatinya

Semalam, penyanyi antarabangsa popular, Usher telah hadir ke Malaysia bagi menjayakan persembahan bersempena dengan kejohana Formula 1 di Litar Antarabangsa Sepang.

Advertisement

Ketika bertemu dengan pihak media, Usher sempat berbicara tentang Yuna dan bagaimana beliau merasa kagum dengan bakat Yuna dan cukup teruja untuk bekerjasama lagi dengan penyanyi wanita itu pada masa hadapan.

Malah, Usher mahu Yuna menjadi penerbit albumnya satu hari nanti. Wah!

Yuna sangat berbakat dan tahu bagaimana material tepat untuk seseorang penyanyi. Apa yang pasti, kerjasama menerusi lagu Crush bukan pertama dan terakhir kerana saya mahu bekerjasama dengannya lagi suatu hari nanti.

Pada masa yang sama, Usher akui Yuna sudah berjaya menambat hatinya sejak kali pertama mereka bertemu.

Dia adalah antara penyanyi yang betul-betul berjaya menambat hati saya. Yuna memiliki ‘tone’ suara yang sangat indah selain begitu berbakat dalam mencipta lagu.

Bukan mudah untuk artis antarabangsa memuji dan merasa kagum dengan bakat anak Malaysia, tahniah kami ucapkan kepada Yuna kerana berjaya membuktikan anak tempatan juga mampu untuk membuka mata orang lain untuk menghargai bakat yang anda ada.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...