Usai Siasatan, Staf Honda Komen Jelik Mengenai Kematian Adib Dipecat Dari Jawatan

Trending

Usai Siasatan, Staf Honda Komen Jelik Mengenai Kematian Adib Dipecat Dari Jawatan

Kata orang, kerana mulut badan binasa. Akibat tidak berikir panjang, jari menaip tanpa berfikir hendak mempersendakan orang lain, akhirnya memakan diri.

Itu terjadi pada pegawai pemasaran Honda Malaysia di cawangan Sri Utama Auto Sdn Bhd. Akibat komen yang ditulis di media sosial mengenai kematian Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, anggota bomba  yang terbunuh setelah dibelasah perusuh di Kuil Maha Marimman, Subang Jaya tiga minggu lepas, Caryn Yean, yang sebelum ini digantung kerja sementara Honda melaksanakan siasatan dalaman, kini  telah dibuang kerja berkuat kuasa serta merta.

Advertisement

Kenyataan tersebut dikeluarkan oleh Pengarah Sri Utama Auto Sdn Bhd, Wong Chee Keong.

“Tuhan you yang gagal sembuhkan Adib”

Caryn dikatakan meninggalkan komen jelik itu pada malam kematian Adib yang menimbulkan kemarahan Netizen.

Enggan padam komen

Ketika diminta memadam komen tersebut, Caryn dikatakan enggan berbuat demikian, malah menulis profil berbentuk provokasi di wall Facebooknya kepada mereka yang memarahinya.

Namun begitu dia menyahaktif akaun Facebook setelah Netizen memenuhkan ruangan komen Facebook Honda Malaysia dan Honda Sri Utama Auto Sdn Bhd yang merupakan majikan Caryn, dan mengugut akan memboikot produk Honda.

Caryn langgar polisi syarikat

Honda yang prihatin dengan kejadian tersebut telah menggantung tugas Caryn sementara siasatan dijalankan, dan hari ini mengumumkan wanita itu dipecat dari jawatannya kerana tindakannya telah melanggar polisi syarikat.

Semoga kita semua mengambil pengajaran dari kejadian ini. – amazingnara.com

Sumber: Honda Sri Utama Auto

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...