Aktres Puteri Sarah Liyana dilihat berbalas kenyataan dengan bekas pekerjanya menerusi Instagram masing-masing.
Kemelut di antara mereka nampaknya masih berlarutan selepas proses meditasi di Kompleks Mahkamah KL yang berlangsung semalam.
Menerusi Instagram story, Puteri Sarah mencabar Nazatul Nazira untuk memaparkan penyataan bank bagi membuktikan bukti dia tidak melakukan pecah amanah.
Tak habis lagi tak puas hati di IG Story. Tunjuk penyata bank semua duit keluar masuk. Ada berani? Bertindak dengan bijak, bukan emosi.
Nazatul tak berdiam…
Kenyataannya itu dipercayai bagi membalas Instagram story dibuat Nazatul terlebih dahulu berhubung kemelut di antara mereka.
Puteri Sarah turut memuat naik bukti penyataan akaun yang mencurigakan bernilai RM59,000 dan Nazatul pula tak berdiam diri dan berkata dia tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan apa yang berlaku antara mereka.
Jangan sampai saya buka semua. Saya diam untuk biarkan pihak selayaknya menguruskan kes ini secara profesional.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.