Usai saja mencukur kepalanya hingga botak, pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah kembali mencuri tumpuan warga maya apabila dia memuat naik video menari sambil berkemban.
Dalam video yang dimuat naik di Instagram itu, Nonny dilihat membelakangi kamera dan tidak memakai sebarang baju dan hanya bertuala.
Dia kemudian menari di dalam bilik gelap sambil tubuh badannya dibalut dengan tuala.
Ruangan komen hantaran itu juga ditutup dan video itu diiringi lagu Get Low nyanyian asal Dillion Francis dan DJ Snake.
Ia pastinya menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen kerana sebelum ini pelakon itu gemar membuat kontroversi menerusi hantaran di media sosialnya.
Nonny pernah memuat naik foto dia berendam di dalam bekas air selain mencukur rambut sehingga botak, baru-baru ini.
Terdahulu, Nonny mendakwa dirinya diganggu sihir buatan orang tidak bertanggungjawab sehingga membuatkan wajahnya senget sebelah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.