Operasi pihak berkuasa untuk memusnahkan kebun haram baru-baru ini terhenti berikutan empat jambatan simen dirobohkan dipercayai dilakukan peneroka kebun berkenaan. Ada jer akal mereka ya.
Menurut laporan Sinar Harian, seorang usahawan ingin membantu Jabatan Perhuganan Negeri Pahang (JPNP) dalam operasi memusnahkan kebun durian haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, Raub. dengan menawarkan enam buah jentolak miliknya.
Menurutnya juga, sekiranya JPNP bersetuju dengan khidmat yang ditawarkan, dia akan terus menghantar jentera ke lokasi berkenaan.
Saya lihat dengan keluasan kawasan terlibat lebih 100 hektar, sangat luas jadi ia sedikit membebankan anggota terlibat.
Dengan penggunaan lebih banyak jentolak ia akan mengurangkan beban dan masa anggota.
Sudah tiba masanya usaha membanteras peneroka haram dilakukan dan saya mengharapkan urusan anggota terlibat berjalan lancar.
Kah! Ingat boleh terlepas ke?