Usahawan Rugi Hampir RM500,000, Kecewa Selebriti Gagal Jalankan Tugas Sebagai Duta

Hiburan

Usahawan Rugi Hampir RM500,000, Kecewa Selebriti Gagal Jalankan Tugas Sebagai Duta

Seperti diketahui umum, selebriti dan pempengaruh sering dipilih sebagai duta atau wajah sesuatu produk bagi tujuan promosi.

Namun, tidak semua mampu memberikan komitmen penuh menyebabkan sesetengah pengasas produk berdepan masalah dan rasa tidak puas hati.

Advertisement

Selebriti gagal tunai tanggungjawab

Memetik laporan Xtra, seorang usahawan iaitu Fadzil Ismail meluahkan rasa kecewa apabila beberapa selebriti dan pempengaruh yang dilantik gagal menunaikan tanggungjawab mereka dalam mempromosikan produk seperti yang telah dipersetujui.

Fadzil, yang mengusahakan kopi tanpa bancuh jenama Liquffe, mendakwa mengalami kerugian hampir RM500,000 akibat kegagalan mereka melaksanakan tugas dengan baik.

liquffe

Namun begitu, usahawan ini memilih untuk tidak mendedahkan identiti selebriti terlibat kerana tidak mahu memalukan mana-mana pihak.

Siapa artis tu biarlah saya tak dedahkan. Saya tak berniat nak aibkan atau malukan sesiapa.

 

Cukuplah apa yang berlaku ini jadi pengajaran buat saya dan mungkin juga buat pengasas produk lain yang melalui situasi sama.

Fadzil serik guna khidmat selebriti

Dalam pada itu, dia mengakui bahawa pengalaman ini memberi kesan yang mendalam dan dia kini lebih berhati-hati dan memilih untuk menguruskan pemasaran produknya sendiri tanpa melibatkan selebriti.

Fadzil Ismail

Memang saya serik nak guna khidmat selebriti. Saya tahu bukan semua selebriti cuai jalankan tanggungjawab sebagai wajah atau duta produk.

 

Tapi, buat masa ni biarlah saya sendiri turun padang promosikan kopi tanpa bancuh ni. Siapa lagi nak promosi produk kita kalau bukan kita sendiri?

Selain itu, kami kongsikan pautan artikel lain yang menarik di bawah.

ashraf muslim beri nasihat isu poligami
3 weeks ago

Ashraf Muslim Beri Respon Isu Rakan Selebriti Mahu Berpoligami - “Sebelum Buat Keputusan, Bincang Baik-Baik..”

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Xtra

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...