Usahawan Berjaya Jana RM8 Juta Sebulan Dengan Hanya Menjual Buah-Buahan Terutamanya Durian

Kehidupan

Usahawan Berjaya Jana RM8 Juta Sebulan Dengan Hanya Menjual Buah-Buahan Terutamanya Durian

Percaya atau tidak tetapi seorang usahawan Malaysia berjaya mendapat keuntungan RM8 juta sebulan dengan hanya mengusahakan buah-buahan tempatan. Buah-buahan seperti durian, belimbing, tembikai, betik dan manggis turut dieksport ke beberapa negara di Asia dan Eropah.

Mana tidaknya, kalau melihatkan pada sambutan rakyat Malaysia sendiri semasa musim buah-buahan ini memang sangat mendapat sambutan. Di mana-mana sahaja pasti ada yang menjualnya. Tapi siapa sangka keuntungannya sebanyak ini?

Advertisement

via GIPHY

Chin Ken Soon yang memiliki kebun seluas kira-kira 80.94 hektar di Jelebu dan Kuala Krau, Pahang. Menurutnya buah-buahan yang paling banyak dieksport ke luar negara ialah belimbing dan betik yang dijual di China, Arab Saudi dan beberapa negara Eropah seperti Poland serta Belanda.

buah durian yang sudah dibuka
Untuk pasaran tempatan pula, beliau boleh menjana RM3 juta ke RM4 juta untuk raja buah iaitu durian. Durian jenis Musang King, Udang Merah, D24, Teka serta durian kampung sememangnya mendapat sambutan hangat dari masyarakat tempatan.

“Setiap kali dieksport ke China, Arab Saudi dan beberapa negara lain, saya memerlukan sekurang-kurangnya 100 tan atau lapan kontena buah sebulan untuk sesebuah negara.”

Ini kerana apabila tiba September hingga Oktober setiap tahun, permintaan buah-buahan ini meningkat di negara Eropah. Nampaknya, buah-buahan tempatan juga semakin mendapat sambutan di luar negara juga.

Sumber: Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...