Hantaran dikongsikan madu kepada Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan meraih perhatian selepas dia berkongsi kata-kata yang ‘mendalam’.
Menerusi Instagram, Umisya telah memuat naik ‘quotes’ yang mencerminkan keperibadian seorang wanita yang tampak cerita namun menyimpan dendam.
Kita usahakan menjadi perempuan ceria itu, yang hidupnya penuh dengan rasa syukur dan tidak memiliki rasa dendam, tidak ada yang lebih indah dari melihat diri sendiri kembali melakukan hal hal yang disukai dan memiliki senyum tulus.
View this post on Instagram
Perkongsian Umisya menerima pelbagai respon daripada netizen dan menjengah ruangan komen rata-ratanya memuji Umisya kerana kuat berdepan ujian rumah tangga.
Dalam pada itu, sesetengah individu menyebut tentang kenyataan pelakon dan penyanyi Abby Abadi baru-baru ini berhubung perkahwinan anaknya, Marissa Dania dan Aslam.