Usaha Tangga Kejayaan, 5 Usahawan Lokal Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Untuk Berjaya!

Branded

Usaha Tangga Kejayaan, 5 Usahawan Lokal Buktikan Tiada Apa Yang Mustahil Untuk Berjaya!

Sejak negara dilanda wabak pandemik Covid-19, ramai antara kita yang terjejas dan hilang punca pendapatan. 

Demi kelangsungan hidup, kebanyakkan antara kita mula berniaga secara dalam talian, namun ia tidak dapat bertahan lama akibat kekangan yang berlaku seperti kenaikan kes Covid-19 serta SOP yang ditetapkan. 

Oleh itu, antara pihak yang memainkan peranan yang penting untuk meringankan lagi beban peniaga semasa pandemik adalah pihak perbankan. 

Jadi pada hari ini, untuk membangkitkan semangat peniaga di luar sana, kami akan kongsikan bagaimana perbankan OCBC dapat membantu 5 usahawan Malaysia ni dalam menempuh cabaran pandemik dengan memperkasakan perniagaan mereka menggunakan pelbagai peralatan perbankan OCBC.

 

Hadir Dengan Percaturan Baru Membuatkan Perniagaan Berkembang – Incitement

OCBC eBiz

Zikry Kholil merupakan pengasas Incitement iaitu sebuah platform teknologi yang menghubungkan pelbagai syarikat, sukarelawan dan organisasi bukan perniagaan.

Usahawan Teknologi Sosial Malaysia ini mencipta rangkaian komuniti impak proaktif di 64 buah negara dan memberi manfaat kepada beribu-ribu NGO dan jenama di seluruh dunia. Wow!

Namun, sejak pandemik melanda dunia, banyak syarikat yang bekerjasama dengan Zikry terpaksa memberhentikan aktiviti dan ada yang terpaksa menangguh dan membatalkannya. 

Terdapat banyak persoalan yang difikirkan olehnya mengenai kemampuan untuk mengharungi wabak ini disebabkan banyak syarikat telah memberhentikan kakitangan mereka dan hasil telah terjejas dengan teruk.

Walaupun penyebaran virus berleluasa ketika itu, ia tidak menjadi penghalang buat Zikry untuk hadir dengan langkah baru yang luar daripada zon selesanya demi memberi inspirasi buat peniaga di luar sana.

Untuk pengetahuan anda, selain dibina untuk memberi pendedahan mengenai perniagaan, Incitement ini juga menjadi satu platform untuk membantu menghasilkan lebih banyak impak, ketelusan, kesedaran dan pembiayaan kepada peniaga.

Ia juga dapat memenuhi keperluan perniagaan dengan menggabungkan teknologi dalam talian yang relevan dan maju dengan inisiatif sedia ada, mengubah organisasi dan perniagaan ke arah lebih baik dalam ekonomi ESG pada hari ini.

Zikry pernah dipaparkan di pelbagai platform umum seperti Forbes, The New Straits Times, CNN, Yahoo! dan TED. Terbaiklah!

Menariknya, mesej yang Zikry sampaikan mengenai pendigitalan impak sosial ni telah menempatkan dirinya di 30 Under 30 Forbes. Wow, bukan calang-calang orang boleh masuk ni!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Incitement (@theincitement)

Kalau anda nak tahu, nilai dan latar belakang beliau yang telah dikongsikan di Forbes serta artikel antarabangsa lain dapat membantu lebih ramai orang untuk memahami cara untuk membuat perniagaan yang lebih baik.

Selain itu, jika anda tengok Instagram Zikry, ada banyak perkongsian mengenai karyanya dan ia telah menarik beberapa ahli perniagaan untuk komen di postingnya. 

Untuk pengetahuan, platform INCITEMENT ini merupakan satu platform yang terbaik untuk menyokong badan amal kegemaran anda sama ada melalui sumbangan, sukarelawan atau kongsikan kisah mereka.

Kalau anda nak tau lebih lanjut mengenai Zikry ni, anda boleh lawat akaun media sosial rasmi Instagram Zikry atau Incitement.

 

Menjadikan Pandemik Sebagai Satu Peluang Penambahbaikan Perniagaan – Opulence

OCBC eBiz

Adakah anda pernah dengar barang kemas yang kalis peluh dan air? Kalau anda nak tahu, Ash yang merupakan pengasas Opulencebyashh dan the_brown_babes ni telah menghasilkan pelbagai barang kemas yang inovatif dan menarik tau. Wow!

Namun, setiap perniagaan semestinya ada cabaran tersendiri. Pada tahun 2020, Ash telah mempunyai pembekal yang akan mengawasi sampel produknya, tapi disebabkan wabak Covid-19, keseluruhan proses tersebut menjadi sangat perlahan. 

Bukan itu saja, Ash terpaksa mengubah banyak perkara dari segi perancangan jualan dan kempen disebabkan oleh penularan virus tersebut. 

Walaubagaimanapun, ia bukanlah penghalang untuk Ash terus maju di mana Ash membuat keputusan untuk belajar sendiri dan menguji keberkesanan produknya dan menumpukan sepenuhnya dalam membina jenama di atas talian.

Untuk pengetahuan, walaupun masih baru dalam industri penghasilan barang kemas, Ash berusaha selama 2 tahun dan akhirnya telah melancarkan produknya secara rasmi dan lebih mengejutkan, produknya habis dijual. Serius lah!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Opulence By Ash (@opulencebyashh)

Disebabkan keunikkan dan kreativiti yang terdapat pada produknya, Ash mendapat banyak maklum balas yang positif dari orang ramai, membuatkan produknya berjaya habis dijual dalam masa yang singkat. Menarik!

Selain Opulence, dia juga mempunyai satu lagi jenama iaitu The Brown Babes, yang mana jenama ini menghubungkan dan memaparkan kisah kejayaan orang ramai sebagai sumber inspirasi buat masyarakat. 

Kalau anda nak tau lebih lanjut mengenai Opulence ni, anda boleh lawat akaun media sosial rasmi Opulence.

 

Media Sosial Jadi Platform Terbaik Untuk Berniaga Waktu Pandemik – Lou Lou James

OCBC eBiz

Mendapat inspirasi daripada dua anak lelakinya, Esther Ng menghasilkan rekaan dan kelengkapan rumah dengan harapan dapat memberikan yang terbaik untuk keluarga di luar sana. 

Untuk memastikan produk dihasilkan adalah yang terbaik, Esther akan pergi kilang untuk melakukan kawalan kualiti produk dan mencari kelemahan untuk ditambahbaik pada masa akan datang di samping menyelesaikan pesanan.

Namun, segala perancangan Esther berubah sejak negara dilanda wabak Covid-19 yang mana pada ketika itu, rakyat Malaysia tidak boleh keluar dari rumah untuk urusan kerja.

Oleh itu, ia menjadi satu cabaran buat Esther kerana dia terpaksa menunda perancangan untuk melancarkan koleksi perabot serta sukar untuk melakukan kawalan kualiti terhadap penghasilan produknya di kilang.

Tidak menjadikan ia sebagai satu alasan, Esther Ng tekad dan melancarkan perniagaannya secara atas talian di bawah nama Lou Lou James. 

Perniagaannya ini memfokuskan terhadap reka bentuk dalaman kediaman kontemporari moden dengan pembahagian daripada kanak-kanak hingga golongan dewasa. 

Antara perabot yang dihasilkan adalah bangku Alta yang mana ia dapat memudahkan kanak-kanak untuk melakukan kerja di rumah dan mencapai barangan pada tempat yang tinggi.

Bangku ini direka khas dengan sokongan sisi yang mempunyai tahap berbeza bergantung pada keadaan dan dapat memberi keutamaan keselamatan kepada kanak-kanak bagi mengelak mereka daripada terjatuh. Menarik!

Untuk pengetahuan, bangku ini sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berusia 18 bulan hingga 7 tahun, bergantung pada saiz dan ketinggian mereka. Namun, walaupun ia mementingkan keselamatan, pengawasan ibu bapa masih lagi diperlukan tau. 

Bangku Alta ni bukan sekadar perabot saja, ia juga berfungsi sebagai alat untuk menggalakkan pembelajaran bebas, aturan disiplin harian serta sebagai alat untuk merapatkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak. 

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang perniagaan Lou Lou James ni, anda boleh lawat akaun media sosial rasmi Lou Lou James.

Pendedahan Kelas Yoga Lebih Efektif Secara Maya – Karma Yoga

OCBC eBiz

Perjalanan Jenifer dalam membuka studio yoga bermula pada 18 tahun lalu di mana dia menghadiri kelas yoga pertamanya yang merupakan kelas pranayama (yoga pernafasan) selepas beliau pulang dari kerja.

Setelah menghadiri kelas tersebut, dia merasakan ketenangan yang diimpikan selama ini, yang membuatkan dia mengambil inspirasi untuk memulakan perniagaan Karma Yoga. 

Dengan menggunakan pengalamannya dalam dunia pengiklanan, dia mengurus dan berkongsikan studionya iaitu Karma Yoga kepada orang ramai dan hasilnya ia dilancarkan pada tahun lepas pada gelombang pertama PKP. 

Namun, terdapat cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Jenifer semasa pandemik melanda di mana ramai guru yoga telah berhenti mengajar disebabkan permintaan untuk kelas yoga mula menurun. 

Ini telah menyebabkan banyak kelas percuma ditawarkan dalam talian di seluruh media sosial dan menyebabkan penurunan pada nilai kelas kecergasan dan kesejahteraan. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by karma yoga (@karmayoga.my)

Matlamat utama perniagaannya dibuka adalah untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang amalan menjadi baik, berbuat baik tanpa batas dan sentiasa berwaspada dalam kehidupan seharian menerusi yoga. Wahh, menarik!

Namun, antara cabaran yang dihadapi selain terpaksa menutup studio akibat PKP adalah dia harus berurusan dengan orang ramai yang mana bagi dirinya, dia memerlukan sejumlah besar kesabaran dan kecerdasan emosi untuk kekal bertenang. 

Untuk pengetahuan, Jenifer pernah berkolaborasi dengan Nike Training App (NTC) untuk menggalakkan orang ramai untuk terus kekal aktif pada keselesaan ruang masing-masing. Wow, menarik!

Terdapat banyak koleksi kelas yang ada di Karma Yoga yang meliputi sesi mudah, aktif dan pemulihan, sesuai untuk semua peringkat pengamal. Namun, disebabkan keadaan Covid-19 semasa, Jenifer membuat keputusan untuk mengadakan kelas secara dalam talian. 

Kalau anda nak tau lebih lanjut tentang perniagaan Karma Yoga ni, anda boleh lawat akaun media sosial rasmi Karma Yoga.

 

Menjadikan PKP Sebagai Satu Peluang Untuk Mempromosi Perniagaan – Kulet

OCBC eBiz

Kulet yang diasaskan oleh Aina dan rakannya ini merupakan satu jenama tempatan popular yang menghasilkan kasut bergaya minimalis yang sesuai untuk semua peringkat usia. 

Menariknya, koleksi kasut yang mereka hasilkan ini adalah mesra haiwan dan kebanyakkan rekaan berwarna nude dipilih untuk menyempurnakan warna kulit yang berbeza-beza. Wow!

Dalam proses untuk memulakan perniagaan ini, mereka mula belajar dari awal dengan menghabiskan masa yang lama untuk merancang, menyelidik dan membuat keputusan yang tepat demi keselesaan orang ramai. Terbaiklah!

Namun, disebabkan penularan virus Covid-19, Aina dan rakannya terpaksa hadir dengan perancangan baru untuk memastikan perniagaan mereka kekal berada di pasaran.

Antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka adalah mereka terpaksa beroperasi seperti biasa walaupun banyak produk pengeluaran terjejas secara langsung akibat daripada melalui beberapa fasa PKP.

Tapi, bagi Aina, ia bukanlah satu penghalang untuk mengembangkan lagi perniagaannya di mana mereka hadir dengan perancangan baru untuk memadankan kadar pengeluaran dan corak pembelian, bagi mengekalkan perniagaan mereka. 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by KULET (@kuletstore)

Untuk pengetahuan, mereka menjual rekaan kasut pertama di bazar Über-chic Art Printing Works di Kuala Lumpur dan mengejutkan, stok mereka habis dijual selepas pelancaran tau. Wow!

Uniknya, mereka tidak mempunyai koleksi berterusan yang mana bila rangkaian produk habis dijual, ia tidak akan lagi dihasilkan. Ohh, patutlah laku keras!

Kalau anda nak tahu, untuk membuatkan perniagaan mereka lebih dikenali ramai, mereka akan hadir ke bazar pada musim perayaan dan tempoh membeli-belah supaya pelanggan dapat melihat keluaran baru mereka secara langsung.

Nak tau lebih lanjut tentang perniagaan Kulet ni, anda boleh lawat akaun media sosial rasmi Kulet.

Segala Urusan Perniagaan Kini Lebih Mudah Dengan OCBC Bank

OCBC eBiz

Untuk anda yang dapat inspirasi daripada 5 usahawan di atas dan ingin mulakan perniagaan kecil-kecilan secara atas talian, kini tak perlu risau lagi dengan Akaun Semasa OCBC eBiz. 

Untuk pengetahuan anda, Akaun Semasa OCBC eBiz ini dapat memudahkan anda yang mencari penyelesaian perbankan digital tau.

Menariknya, anda dah tak perlu pergi ke cawangan bank untuk proses permohonan, penyerahan dokumen atau pengesahan sebab semuanya boleh dibuat di atas talian dan aplikasi eKYC (electronic Know-Your-Customer) yang disokong oleh CTOS (Credit Tip-Off Service) Bestnya!

Bagi yang belum tahu, eKYC ni adalah proses untuk mengenal pasti dan mengesahkan identiti individu secara dalam talian bagi menggantikan pengesahan identiti secara fizikal. 

Cara untuk mohon Akaun Semasa OCBC eBiz ni senang saja, anda cuma perlu ikut langkah di bawah ni:

OCBC eBiz eKYC Steps

Selain itu, dengan Akaun Semasa OCBC eBiz ni, anda boleh nikmati perkhidmatan perbankan internet perniagaan secara percuma seperti Perbankan Mudah Alih OCBC Business, OCBC Velocity dan Pengurusan Kewangan Perniagaan OCBC. 

Bukan itu saja, banyak lagi ciri perniagaan lain yang anda boleh nikmati antaranya Terminal Peniaga OCBC, Kad Debit Perniagaan, OCBC OneCollect (QRPay) dan FX Online tau! Wah, bestnya, semuanya dekat hujung jari je!

Dengan hanya menggunakan akses internet, anda dah boleh daftar Akaun Semasa OCBC eBiz ni secara atas talian bermula serendah RM500 saja. Wow!

Kalau anda ada idea dalam perniagaan, tak kira besar atau kecil, anda tak perlu risau sebab OCBC Bank hadir dengan semua alatan perbankan perniagaan untuk memperkasakan perniagaan anda. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Akaun Semasa OCBC eBiz, layari laman web rasmi OCBC Bank dengan klik DI SINI.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...