Usah Putus Berdoa, Semoga Dapat Jumpa Daddy Di Pintu Syurga – Pesanan Rita Rudaini Buat Anak-Anak

Hiburan

Usah Putus Berdoa, Semoga Dapat Jumpa Daddy Di Pintu Syurga – Pesanan Rita Rudaini Buat Anak-Anak

Umum mengetahui betapa anak-anak pelakon Rita Rudaini merindui belaian dan kasih sayang bapa mereka, Aidil Zafuan. Rita juga tidak pernah menghalang bekas suaminya itu untuk berjumpa dengan anak-anak.

Advertisement

Namun, sehingga hari  ini masih ada lagi pihak yang tidak henti melagakan Rita dan Aidil sehingga anak-anak menjadi mangsa.

Agak sedih mengenangkan apa yang terjadi hanya kerana hasad dengki orang lain, Rita berpesan kepada anak-anaknya untuk terus berdoa dipertemukan dengan bapa mereka. Jika tidak di dunia, doa banyak-banyak agar dapat bertemu di pintu syurga.

Terdahulu, Aidil menerusi IG Live memberitahu beliau bersedia untuk menemui anak-anaknya, namun pertemuan itu sehingga hari ini belum berlaku lagi.

Rita dan Aidil berkahwin secara rahsia di Thailand pada Disember 2008 dan sah bercerai pada  5 September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

Selepas itu, Aidil mendirikan rumah tangga dengan Zarema Zainal pada 14 Mac 2014 dan dikurniakan dua lagi cahaya mata lelaki.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...