“Urusan Saya Benar-Benar Dipermudahkan..” – Bekas Isteri Nubhan Luah Rasa Syukur, Dapat Rumah & Kereta Baharu Dalam Masa Terdekat

Kehidupan

“Urusan Saya Benar-Benar Dipermudahkan..” – Bekas Isteri Nubhan Luah Rasa Syukur, Dapat Rumah & Kereta Baharu Dalam Masa Terdekat

Afifah yang lebih mesra disapa Dr Fie meluahkan rasa syukur apabila urusan perpindahannya ke kediaman baharu bersama anak-anak berjalan lancar hasil bantuan kenalan serta pengikut di media sosial. Menurutnya, sokongan yang diterima bukan sahaja meringankan beban, malah memudahkan pelbagai perkara penting dalam tempoh singkat.

“Alhamdulillah, Allah kurniakan rezeki tidak disangka-sangka tepat pada waktunya,” kata pempengaruh, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.

Bekas isteri penyanyi Ahmad Nubhan itu berkata, dia berasa lega apabila segala urusan berkaitan kediaman, barangan keperluan dan perabot dapat diselesaikan sebelum sesi persekolahan anak-anak bermula pada 12 Januari lalu.

“Ketika itu semuanya perlu dibuat dengan cepat kerana anak-anak akan mula bersekolah. Saya perlukan penyelesaian pantas.”

“Kami tidak mempunyai wang tunai yang banyak untuk melengkapkan rumah dalam masa singkat, termasuk persiapan sekolah anak. Saya fikir tak mengapa jika barang bukan baharu, asalkan boleh digunakan,” katanya kepada Harian Metro.

Afifah, 36, yang ditemui pada program Doa Dari Hati: Saat Jiwa Mencari Tenang, Tuhan Membuka Jalan, di sini, hari ini, menganggap segala yang berlaku adalah aturan Allah SWT buat dirinya dan keluarga.

Selain kediaman, Afifah turut bersyukur apabila kini memiliki kenderaan baharu untuk kegunaan harian bersama anak-anak.

“Walaupun rumah masih dalam proses mengemas, anak-anak sudah selesa ke sekolah. Allah juga beri rezeki tidak disangka apabila saya menerima kereta baharu.

“Apa yang penting anak-anak dapat bersekolah dengan baik, namun Allah beri lebih daripada yang diminta,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Afifah menerusi media sosial berkongsi mengenai perpindahannya dan memohon jasa baik orang ramai yang ingin melepaskan barangan terpakai (preloved) seperti meja makan, televisyen dan perabot lain untuk kegunaan rumah baharunya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Mawar Rashid
2026-02-01 12:35:48

Mawar Rashid Akhirnya Buka Mulut Dakwaan Bakal Nikahi Jejaka Brunei - "Memang Tak Sempat Nak.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...