Urusan Pengebumian Jenazah COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

COVID-19

Urusan Pengebumian Jenazah COVID-19 Di Indonesia Dihalang Oleh Masyarakat Kerana Bimbang Akan Turut Dijangkiti

Adalah sesuatu yang menyedihkan buat Indonesia apabila jenazah mangsa COVID-19 dinafikan haknya untuk dikebumikan oleh masyarakat tempatan. Ini semua hanya kerana mereka bimbang akan turut sama dijangkiti wabak tersebut sekiranya jenazah dikebumikan di tempat mereka.

Walaupun sudah dimaklumkan oleh pihak hospital bahawa segala urusan pengebumian akan dilakukan mengikut prosedur namun mereka tetap menghalang daripada ianya diteruskan. Penularan wabak ini bukan sahaja meragut nyawa namun juga sikap perikemanusiaan sesama manusia di dalam situasi yang kritikal ini.

Advertisement

Bukan hanya di satu kawasan tetapi beberapa daerah yang lain turut melakukan perkara yang sama dengan menghalang urusan pengebumian mangsa COVID-19 dijalankan. Malah, mereka bersiap sedia berkumpul di tanah perkuburan beramai-ramai untuk menghalangnya.

Menurut sumber, sebuah ambulans terpaksa berpatah balik kerana tidak dapat meneruskan urusan pengebumian di Pemakaman Pannara, Makassar, Sulawesi Selatan. Pihak polis mengesahkan sekumpulan penduduk tempatan berkumpul sejak jam 3 petang semasa ambulans tiba sekitar waktu Asar.

Beberapa kejadian yang sama

pengebumian covid-19

Selain itu, masyarakat setempat telah berkumpul di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Tionghoa Bong, Tamansari dan memasang kain rentang tertulis ‘Kami Masyarakat Sindangsono-Sindanglengo Menolak Tegas Penguburan Jenazah Untuk Sementara Waktu’ pada Sabtu lalu.

Jenazah seorang lelaki yang berusia 71 tahun tidak dibenarkan untuk dikebumikan di situ sehinggakan keadaan menjadi kecoh seketika. Pihak polis terpaksa berunding dengan masyarakat tempatan namun masih gagal mencapai persetujuan. Jenazah itu kemudiannya dikembalikan ke hospital kerana tidak dapat dikebumikan.

Kejadian sama turut berlaku di Bandung yang kemudian diselesaikan dengan menggunakan tanah milik kerajaan di Bumi Perkemahan Kiarapayung, Sumedang sebagai tempat pengebumian mangsa. Perkara ini diluluskan selepas mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa tempatan.

Atas dasar kemanusian, kami (pihak kerajaan) telah memberikan kebenaran kepada pihak berwajib untuk menanam jenazah tersebut di Kiarapayung.

Manakala di Bandar Lampung, jenazah mangsa COVID-19 telah ditolak pemakamannya sebanyak dua kali di lokasi yang berbeza oleh penduduk setempat. Seperti yang berlaku di Bandung sebelum ini, mereka akhirnya memilih untuk melakukan urusan pengebumian di tanah milik kerajaan di TPU Kota Baru, Lampung Selatan.

Pandangan Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama

indonesia covid-19

Melihatkan kepada beberapa kejadian yang sama berlaku, perkara ini telah menarik perhatian Ketua Umum Pengurus Besar Nahdlatul Ulama iaitu Said Aqil Siroj. Beliau telah meminta orang ramai terutamanya umat Islam untuk tidak menghalang urusan pengebumian jenazah COVID-19.

Tambahnya lagi, urusan tersebut sudah semestinya mengikuti prosedur yang telah ditetapkan oleh pihak hospital dan tidak perlu ada kebimbangan yang melampau. Usaha orang ramai menghalang pengebumian itu juga akan melambatkan lagi proses yang mungkin boleh membawa kepada situasi yang lebih teruk.

Jika diikutkan, proses pengebumian jenazah mangsa COVID-19 tidak mengambil masa yang lama malah akan dipercepatkan memandangkan keadaan yang boleh memudaratkan kepada yang lain. Orang ramai yang berkumpul di tanah perkuburan hanya menambahkan risiko penularan wabak sesama mereka.

Tidak pasti kenapa masyarakat Indonesia melakukan tindakan sebegitu namun orang ramai diminta untuk tidak panik dan memberi ruang kepada pihak berkuasa untuk menjalankan tugas. Jumlah kematian yang semakin meningkat di Indonesia telah membuatkan Presiden Jokowi mengeluarkan perintah darurat di negara itu.

Artikel berkaitan: COVID-19: Kes Kematian Di Jakarta Semakin Meningkat, Presiden Jokowi Umumkan Darurat Di Indonesia

Sumber (1) (2) (3)

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...