Baru-baru ini ada pihak yang mengatakan pelakon Uqasha Senrose telah disindir oleh pengacara Nabil Ahmad dan Neelofa ketika hadir ke sebuah program popular untuk mempromosikan drama terbarunya, Hero Seorang Cinderella. Uqasha memberitahu beliau sedikit pun tidak menyedari perkara itu. Uqasha diperli mengenai kisah silamnya yang pernah menjalin hubungan istimewa dengan Nabil ketika lelaki berkenan masih belum berkahwin.
Sejujurnya, saya tak sedar mereka (pengacaraMeletop) perli saya. Jika benar perkara itu berlaku, pada saya, ia satu perbuatan yang tidak wajar dilakukan. Buat apa nak ungkit balik perkara yang sudah lama berlaku.
Saya datang untuk buat kerja bagi mempromosikan drama Hero Seorang Cinderella. Apa saja perkara negatif yang berlaku, saya tolak tepi. Mereka nak cakap apapun, cakaplah. Saya tak hairan pun. Tak perlu rasanya untuk saya balas balik kenyataan yang mereka keluarkan itu.
Fikir positif dahulu, mungkin sahaja Nabil dan Neelofa hanya bergurau dan tidak perasan dengan apa yang mereka katakan. Apa-apa pun, kita nantikan pula penjelasan daripada mereka berdua nanti.