Desas-desus percintaan antara Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly sedang hangat diperkatakan sekarang ini. Ramai yang melahirkan rasa terkejut kerana sebelum ini Uqasha Senrose dikatakan bercinta dengan dengan Syafiq Kyle. Apabila Uqasha menafikan pernah membuat pengakuan bercinta dengan Syafiq Kyle, tohmahan ‘playgirl’ mula diterima oleh pelakon jelita itu. Bagi Abang Nara, biasalah itu ada kawan rapat berlainan jantina 2,3 orang. Sebelum nak kahwin kenalah banyakkan ‘choice’ agar dapat membuat pilihan yang tepat.
Abang Nara memahami sekiranya Iqram Dinzly jatuh cinta kepada Uqasha Senrose. Uqasha memang cantik, comel dan sedap mata memandang. Menariknya, Iqram turut memaklumkan yang Uqasha adalah seorang yang manja. Amboi, amboi, amboi. Memang full pakej nie. Patutlah ramai jatuh hati kepada Uqasha. Kata Iqram:-
Dia (Uqasha) pula jenis yang manja dan boleh menerima usikan serta gurauan secara terbuka. Kemudian kami boleh jadi ngam. Saya pun sudah lama tak ada kawan rapat sesama industri. Semua ini terjadi secara kebetulan,
Kalau ada yang tanya, saya selesa mengatakan kami di peringkat berkawan dan seterusnya mengenali hati budi. Memang bunyinya klise tetapi itulah hakikatnya.
Tak ada apapun yang kami mahu sembunyikan. Kalau ada yang anggap saya jenis yang suka tumpang populariti… mungkin sejak lama lagi saya sudah lakukan plot cerita yang sama atau mungkin lebih daripada itu.
Tapi dalam industri ini saya berusaha sendiri untuk berjaya. Saya lelaki tak ada masalah untuk hal sebegini. Tapi saya perlu hormati dia (Uqasha) sebagai seorang wanita. “Selepas pertemuan di Sarawak itu, kami memang ada berjumpa lagi. Kami ada melepak bersama.
Kebiasaannya saya keluar dengan dia bersama adik beradik serta sepupunya. Keluar berdua itu tak adalah. Kami pernah bermain go-kart dan lepak di kedai mamak.
Sekali pandang, Iqram Dinzly dan Uqasha Senrose memang sama cantik sama padan. Tahun ini pun Iqram sudah berusia 34 tahun. Memang sesuai sangat fikirkan masa depan untuk berumah tangga. Kalau memang ada keserasian dengan Uqasha, apa salahnya kan? Apa-apa pun, all the best dan good luck untuk anda berdua. Sumber Berita Harian.