Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Uqasha Senrose & Pekin Ibrahim Belum Putus Tunang

Hangat sungguh berita mengenai pertunangan Uqasha Senrose dan Pekin Ibrahim yang dikatakan telah putus. Ada dakwaan yang menyatakan sikap Uqasha yang bermain kayu tiga dan bermain cinta lokasi dengan pelakon lelaki lain menjadi punca keretakan hubungan mereka berdua. Namun menurut ibu Uqasha, anaknya masih lagi bergelar tunangan kepada Pekin.

uqasha senrose putus tunang

Advertisement

Rosmizal, ibu kepada Uqasha Senrose berkata kepada Mstar Online:-

Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus. Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku.

Saya pun tidak boleh komen banyak sebab tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku tapi apa-apa pun yang terjadi saya hanya doakan mereka dapat buat keputusan yang terbaik,

uqasha senrose

Memang betul kata ibu Uqasha. Bertunang dugaannya memang lain macam sikit. Darah tengah manis la katakan. Tak kira lelaki atau wanita, kena tabahkan hati dan tidak terpengaruh dengan unsur luar. Kalau ada orang mengorat, jangan layan. Ingat tunang tercinta. Hati kena kukuh. Jangan mudah jatuh. Semoga Uqasha dan Pekin dapat menyelesaikan masalah mereka secepat mungkin dan tidak membatalkan pertunangan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top