Uqasha Senrose Nafi Jual Tudung Kerana Trend

Hiburan

Uqasha Senrose  Nafi Jual Tudung Kerana Trend

Mula berhijab sejak tahun lalu, Uqasha Senrose telah melangkah satu tapak ke hadapan apabila beliau baru-baru ini telah melancarkan jenama tudung beliau sendiri. Semuanya bermula apabila ada antara peminat beliau sering bertanya tentang gaya beliau memakai hijab.

Advertisement

Walaubagaimanapun, perniagaan tersebut yang akan diusahakan bersama keluarga Uqasha bukanlah kerana mengikut trend semasa.

Menerusi perniagaan hijab Uqasha Senrose yang diusahakan bersama keluarga, diharap khalayak akan berhenti melihat saya sebagai artis kontroversi. Sebaliknya, mula lihat sisi berbeza saya.

Saya berniaga bukan kerana ikut trend atau selepas melihat kejayaan artis lain. Cuma peluang itu hanya tiba sekarang. Saya tidak nafikan, dalam perniagaan pasti ada pesaing, tetapi saya percaya terhadap rezeki Allah.

Berbicara mengenai kontroversi beliau bersama Iqram Dinzly, Uqasha menganggap aktor tersebut sebagai abang yang mempunyai sifat penyayang.

Dia seperti abang yang sangat mengambil berat dan penyayang. Selain itu, dia juga banyak beri tunjuk ajar dan sokongan kepada saya.

Harapnya jenama tudung Uqasha Senrose mendapat sambutan yang baik dan kualitinya tidak mengecewakan. Soal hubungan beliau bersama Iqram Dinzly pula, biarlah jodoh sahaja yang menentukan segalanya. Nak cakap lebih pun tak boleh, nanti dikata sering terpalit dengan kontroversi pulak.

Sumber Berita: Kosmo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...