Sejak bulan lepas , banyak juga gosip yang melibatkan nama Uqasha Senrose lebih-lebih lagi selepas mengetahui beliau membawakan watak Izzah didalam teater Ombak Rindu.
Enggan mengambil pusing dengan segala tomahan dan cacian orang ramai, Uqasha tetap ingin menjelaskan gosip tersebut tidak benar sama sekali.
Setiap kali menerima tawaran, pasti ada cerita lain yang terpaksa saya telan. Saya terkejut apabila dikatakan tawaran membintangi Ombak Rindu datang disebabkan individu tertentu. Mereka mendakwa VIP itu tidak akan menaja sekiranya saya tidak diambil berlakon.
Semua gosip itu langsung tidak berasas. Saya menerima tawaran atas kemahuan sendiri dan bukan kerana pengaruh sesiapa. Gosip seperti ini tidak perlu timbul.
Gosip dan kontroversi adalah asam garam kehidupan sebagai selebriti, apa yang penting Uqasha Senrose harus cuba sebaik mungkin untuk membuktikan beliau layak untuk bergelar pelakon. Kalau tidak mahu orang kritik.