August 12th, 2015

Foto mesra Uqasha Senrose dan Iqram Dinzly yang dimuat naik ke akaun Instagram masing-masing telah mencetuskan tanda tanya. Ramai yang ingin tahu status hubungan mereka tetapi didalam artikel kami semalam Uqasha menyerahkan perkara itu kepada Iqaram untuk memberikan penjelasan lanjut.

Terbaru menerusi portal Mangga Online Uqasha akhirnya bersuara dan menafikan beliau kini sedang hangat bercinta dengan Iqram. Pernah gagal dalam hubungan cinta sebelum ini, Uqasha menjelaskan beliau masih belum bersedia untuk sebarang komitment dan hanya ingin berkawan sahaja.

Sha berkawan tapi belum tahap bercinta ha belum sedia untuk sebarang komitmen lagi, Kak. Sha mahu berkawan dulu.

Sha mahu belajar daripada pengalaman lalu. Apa yang salah dan silap serta yang mana baik dan buruk semasa hubungan dulu akan Sha jadikan panduan.

Ditanya jika beliau merasa serik untuk mempunyai hubungan bersama lelaki selepas insiden putus tunang bersama Pekin sebelum ke jinjang pelamin, Uqasha mengakui pada mulanya beliau merasa agak insaf dan merasa tidak mahu bercinta lagi tetapi selepas itu beliau merasa apa yang berlaku mungkin ada hikmah disebaliknya.

Fokus utama Uqasha kini ialah beliau ingin memperbaiki mutu lakonan beliau dan ingin cuba menaikkan lagi namanya dalam industri hiburan tempatan.

Macam mana pula hubungan Uqasha Senrose dengan Syafiq Kyle? Adakah Syafiq hanya bertepuk sebelah tangan?

Sumber Berita: Mangga Online


Comments are closed.

Loading...