Uqasha Senrose baru-baru ini digosipkan bercinta dengan pengacara dan pelakon, Hefny Sahad gara-gara sering meninggalkan komen di Instagram Hefny dan seakan cemburu apabila Hefny bergambar rapat dengan wanita lain.
Terbaru, Uqasha mengakui Hefny adalah lelaki paling rapat didalam hidupnya buat masa ini, tetapi mereka belum lagi bercinta seperti yang diperkatakan.
Kami belum sampai tahap bercinta. Kami masih dalam proses berkawan lagi. Saya juga tidak mahu orang cakap asyik mencari publisiti dengan bercinta pula. Saya percaya lebih baik kalau kenyataan keluar daripada pihak Hefny sendiri.
Hefny seorang lelaki yang sangat baik. Dia memiliki karakter seorang lelaki yang berkeluarga dan ada ciri seorang suami yang dicari.
Sebelum ini, Uqasha dikatakan sedang menjalin hubungan istimewa dengan kerabat diraja Pahang, Tengku Bakar. Namun, sehingga hari ini Uqasha enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara itu.