Uqasha Senrose Mohon Maaf Terlanjur Kongsi Hal Rumah Tangga – “Saya Patut Urus Dengan Lebih Tenang”

Hiburan

Uqasha Senrose Mohon Maaf Terlanjur Kongsi Hal Rumah Tangga – “Saya Patut Urus Dengan Lebih Tenang”

Pelakon Uqasha Senrose tampil memohon maaf susulan hantaran di media sosial yang didakwa menyentuh sensitiviti pelbagai pihak, termasuk keluarganya sendiri.

Dalam satu video yang dimuat naik di Instagram (IG), Uqasha atau nama penuh Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33, mengakui bertanggungjawab sepenuhnya terhadap setiap perkongsian yang dibuat tanpa berfikir panjang.

Advertisement

Saya mahu minta maaf kepada semua yang sudah menonton video, gambar atau kapsyen saya sebelum ini yang mengundang kemarahan atau keaiban sesiapa pun. Saya tiada niat langsung untuk menyakiti sesiapa.

Uqasha turut ditemani ibunya, Rosmizai Mohd Noor, dan seorang individu dikenali sebagai ‘Cerai Coach’, menjelaskan bahawa hantaran itu dilakukan ketika dirinya beremosi dan tidak rasional.

Saya tak patut bercakap mengenai perkahwinan secara umum. Saya akui itu kesilapan saya sendiri. Ketika itu saya marah, sedih dan terlalu penat, lalu saya bertindak secara emosional. Tapi semua itu bukan alasan, saya tetap minta maaf.

Pelakon itu berkata, dia menyesali tindakannya dan sedar sepatutnya menguruskan isu rumah tangga dengan lebih matang dan tertutup.

JAIP Sahkan Kamal Adli Dan Uqasha Bernikah Pada 4 November 2021 Jam 9.30 Malam

Saya patut uruskan perkara ini dengan tenang dan secara privasi. Apa yang terjadi memang kesilapan saya sendiri.”

Sekarang saya mahu fokus kepada diri sendiri, memperbaiki kelemahan, menjadi wanita yang kuat dan ibu yang lebih baik.

Terdahulu, Uqasha mencetuskan perhatian ramai selepas memuat naik hantaran di Instagram mendakwa dirinya “diperbodohkan” oleh suaminya, Kamal Adli, dan keluarga aktor berkenaan berhubung tarikh pernikahan mereka.

Dalam hantaran itu, Uqasha mendakwa mereka dinikahkan pada 5 November 2021 jam 9 pagi, namun tarikh yang tertera pada sijil pernikahan menunjukkan 4 November 2021 jam 9.30 malam.

Selain itu, kami kongsikana rtikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Uqasha senrose kamal adli sah nikah
2025-10-23 20:21:29

JAIP Sahkan Kamal Adli Dan Uqasha Bernikah Pada 4 November 2021 Jam 9.30 Malam

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...