Uqasha Senrose Menangis Di Mekah, Terkenangkan Dosa Lalu

Hiburan

Uqasha Senrose Menangis Di Mekah, Terkenangkan Dosa Lalu

Berpeluang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga tercinta baru-baru ini, pelakon Uqasha Senrose sempat berkongsi pengalamannya ketika berada di Tanah Suci Mekah.

Advertisement

Uqasha memberitahu beliu sering menangis di Mekah, terkenangkan segala dosa-dosa lampau. Bagaimanapun, beliau tetap bersyukur kerana masih diberi kesempatan untuk memohon ampun dan meluahkan apa sahaja rasa yang terpendam dalam hati kepadaNya.

Sebelum ini saya pernah terduduk dan hilang arah kerana kesilapan lalu serta runsing tanpa sebab. Ia soal hubungan keluarga, kerjaya dan kehidupan seharian. Ada ketikanya tidak tahu apa punca yang membuatkan hati tidak tenang.

Perasaan berkecamuk itu hilang sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagaikan satu keajaiban berlaku, semuanya berubah. Satu kegembiraan yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata kerana ia terlalu indah.

Ingin membuka lembaran baru dalam hidupnya, Uqasha sudah tidak mahu terpalit lagi dengan sebarang kontroversi selain ingin terus istiqamah menguatkan hati untuk menghindari perkara negatif.

Sumber Berita : Utusan Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...