Umum mengetahui pelakon Uqasha Senrose kini sudah kembali menjadi artis Metrowealth International Group (MIG).
Menurut David Teo, Uqasha bagaimanapun memberitahu beliau mahu berehat sebentar dan memastikan beliau sudah benar-benar bersedia untuk kembali berlakon selepas isu buka tudung. Buat masa ini, Uqasha mahu menenangkan fikirannya dahulu.
Uqasha baharu sahaja menjadi artis bawah pengurusan kami pada bulan lalu, tapi buat masa ini dia minta untuk berehat dan menenangkan fikiran.
Kalau sudah betul-betul bersedia barulah dia kembali semula berlakon. Kami juga tidak mahu paksa dia, kita tunggu dia bersedia dahulu.
David pada masa yang sama memberitahu beliau menawar Uqasha untuk bernaung dibawah syarikat miiliknya sebelum kontroversi membuka hijab.
Uqasha sebelum ini memang dari pengurusan kami dan dia pertama kali berada dalam industri dengan filem pertamanya bersama MIG berjudul Paku.
Saya tahu dia mempunyai potensi dan bakat yang besar sebagai pelakon, jadi apa salahnya memberi peluang kepadanya sekali lagi untuk berada dalam industri.
Nampaknya Uqasha selepas ini akan kembali sibuk dan lebih aktif berlakon kerana David sudah merancang beberapa filem dan drama buat Uqasha.
Selepas isu membuka hijab, bukan mudah orang ramai dapat menerima lakonan Uqasha Senrose, akan ada kritikan yang dilemparkan buat beliau. Namun, sebagai artis, apa yang ada lakukan anda harus juga menerima segala risikonya. Mulut orang ini memang akan selalu bercakap tetapi kalau tidak dilayan lama-lama ia akan dilupakan.