Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Uqasha Senrose Jumpa Pereka Fesyen Pilih Kain, Peminat Dah Bau Nasi Minyak

Uqasha

Pelakon Uqasha Senrose yang merupakan kekasih kepada pelakon Kamal Adli khabarnya tengah sibuk menyiapkan persediaan menuju hari bahagia tidak lama lagi.

View this post on Instagram

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Advertisement

Perkara tersebut didedahkan pereka fesyen, Shanell Harun menerusi sebuah hantaran di Instagramnya yang memaparkan sebuah video dia dan Uqasha sedang berada di sebuah gedung kain terkemuka.

Menerusi video tersebut, Uqasha dan Shanell seperti sedang membincangkan sesuatu dan mereka berdua turut memegang kain polos putih yang sinonim dengan busana ketika majlis perkahwinan.

View this post on Instagram

A post shared by SHANELL HARUN (@shanellharun)

“Dating dengan si manis @uqashasenrose2 di @jakeltextile,” tulisnya di bahagian kapsyen.

Meskipun tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar pertemuan antara mereka berdua di gedung kain itu, namun rata-rata peminat mejangkakan bahawa Uqasha dan Kamal bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.

Advertisement

“Bau nasi minyak dah dekat,” ujar seorang peminat di hantaran video tersebut.

Terdahulu, pelakon drama Rindu Awak Separuh Nyawa ini telah dilamar oleh Kamal Adli secara langsung ketika majlis Anugerah MeleTOP Era 2021 yang lalu, sekaligus mengiyakan spekulasi bahawa mereka berdua kini sedang bercinta.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. tecit

    March 30, 2021 at 3:45 pm

    semoga berbahagia hendaknya. impan semua wanita adalah the best wedding gown ever. tp yg paling penting dpt suami yg mencukupi ketidaksempurnaan kita..

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama