November 25th, 2017

Ketika gandingan Fattah Amin dan Fazura diumumkan sebagai pelakon utama pelakon drama Hero Seorang Cinderella, ramai tidak menyangka mereka akan menjadi rapat. Fazura dipilih menggantikan Neelofa yang menolak untuk berlakon drama itu dan pada mulanya, Uqasha Senrose yang berlakon dalam drama itu mendakwa hubungan Fattah dan Fazura tidak begitu mesra.

Uqasha memberitahu BH Online:

Ketika awal penggambaran drama itu, mereka agak ego. Jadi, saya cuba usik-usik mereka untuk mendapatkan keserasian. Alhamdulillah, sejak itu saya lihat mereka mula rapat dan menjadi lebih akrab ketika menjalani penggambaran di Pulau Perhentian, Terengganu.

Ketika itu, saya dapat berasakan bibit cinta antara mereka sedang berputik. Saya sangat gembira kerana akhirnya saya berjaya merapatkan hubungan mereka.

Seperti yang kita tahu Fattah dan Fazura telah melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup pada 13 November dengan hanya dihadiri ahli keluarga dan rakan rapat.

Uqasha terharu dengan berita itu dan gembira kerana menganggap mereka pasangan yang romantik dan sepadan.

Saya dan Fazura sudah seperti adik-beradik dan saya gembira melihatnya bahagia. Mereka berdua begitu romantis apabila bersama.

Alhamdulillah, Fazura yang saya anggap seperti kakak sendiri dipertemukan dengan lelaki yang boleh menjaganya. Saya harap Fattah akan mencintai dan menyayanginya hingga akhir hayat.

Penulis rasa Fattah dan Fazura sendiri merasa surprised dengan hala tuju hubungan mereka akhirnya. Awal tahun ini mereka hanya kenal nama dan bukan hati budi masing-masing. Tetapi begitulah suratan takdir mengenai jodoh dan pertemuan.

Tak sabar rasanya nak tengok pasangan sama cantik sama padan ini di hari pernikahan mereka. Kita doakan yang terbaik agar semuanya berjalan lancar untuk pasangan yang diibaratkan seperti gandingan Song-Song untuk drama Korea, iaitu Song Joong Ki dan Song Hye Gyo yang mula bercinta di lokasi dn berakhir di gerbang perkahwinan. – beautifulnara.com


Comments are closed.

Loading...