Apabila ramai yang mengetahui Uqasha Senrose bakal membawakan watak Izzah dalam teater Ombak Rindu, aktres itu menerima pelbagai kritikan daripada netizen.
Terbaru, menerusi ruangan Cik Pang di Harian Metro, pemilihan Uqasha adalah atas kehendak pihak penaja yang merupakan seorang VIP.
Jika pihak produksi mahu VIP tersebut mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk pementasan teater Ombak Rindu, mereka harus memenuhi syaratnya untuk menampilkan Uqasha sebagai watak utama.
Sejauh mana berita yang disampaikan oleh Cik Pang ini tidak kami ketahui, tetapi Uqasha harus benar-benar membuktikan beliau layak memegang watak utama dan sekaligus menutup mulut mereka yang selama ini mempertikaikan bakatnya. Ini lah peluang Uqasha.