Uqasha Senrose Diganggu Suami Orang, Terima Mesej Pelik

Hiburan

Uqasha Senrose Diganggu Suami Orang, Terima Mesej Pelik

Apa perasaan anda jika menerima mesej daripada seorang lelaki yang tidak dikenali tetapi tiba-tiba mahu anda menjadi buah hatinya? Mesti rasa rimas dan seram kan?

Advertisement

Itulah juga perasaan pelakon jelita, Uqash Senrose apabila menerima mesej pelik daripada seorang lelaki yang sudah  berkahwin. Menurut lelaki itu, Uqasha sering hadir ke dalam mimpinya tetapi bukanlah sebagai sesuatu yang tidak senonoh.

Enggan berlaku salah faham, lelaki itu pada masa yang sama mengaku dirinya sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak.  Namun, beliau mempunyai perasaan sayang terhadap Uqasha dan ingin sekali berkenalan dengan aktres.  Walaubagaimanapun, beliau tidak ada niat untuk mengahwini Uqasha menjadi isteri keduanya.

Memang rasa seram dan semacam sahaja bila baca mesej tersebut. Apa-apa pun, orang sebegini jangan dilayan, kalau boleh ‘block’ terus demi keselamatan diri.

Sumber Berita : Astro Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.