Pelakon Uqasha Senrose tampil bersuara selepas namanya hangat menjadi bualan berkaitan isu ugut dan memukul pembantu peribadinya.
Kata Uqasha dia melayani pembantu peribadinya dengan baik malah membenarkannya tidur serta mempunyai akses keluar masuk rumahnya.
I amik kerja tanpa tanya apa history you, layan you baik siap duduk rumah tidur rumah keluar masuk macam rumah sendiri. Tak shooting pun gaj bulanan tetap sama, tapi kerana terlalu selesa ini balasan you dekat orang?
Tambah Uqasha, pembantu peribadinya itu gemar bercakap buruk tentang majikan lamanya meskipun sudah dinasihati aktres tersebut dia tetap bergosip dan bercerita buruk.
Uqasha turut mendedahkan wanita itu selamba masuk ke dalam bilik tidurnya tanpa kebenaran dan tahu di mana aktres terbabit menyimpan duitnya.
Bukan itu sahaja, wanita tersebut turut mengusik barang serta pernah memakai baju tidur Uqasha tanpa meminta izinnya terlebih dahulu.
Tak cukup masuk keluar rumah orang sesuka hati, tambah pula main pakai baju tidur orang sesuka hati. Perangai kampung mana ni?