September 21st, 2015

Rasanya semua tahu bukan Syafiq Kyle dan Uqasha Senrose sebenarnya pasangan bercinta sebelum ini meskipun Uqasha tidak pernah mahu mengakui hal tersebut. Namun, hubungan mereka renggang dan Uqasha pula baru-baru ini dilihat sering bermesraan dengan aktor Iqram Dinzly.

Disaat semua orang mengatakan Uqasha dan Iqram sedang bercinta, tiba-tiba ada pula berita yang mengatakan Uqasha sebenarnya telah menyambung semula percintaan beliau bersama Syafiq.

Menurut sumber Cik Pang di Harian Metro, semuanya bermula apabila mereka berdua dipilih untuk bergandingan dalam sebuah filem bersama. Pada awalnya Uqasha dan Syafiq seakan bermain tarik tali untuk menerima tawaran tersebuk dek sejarah cinta mereka, namun mereka membuat keputusan yang agak mengejut apabila akhirnya menerima tawaran tersebut.

Malah, kedua-duanya menghayati setiap babak sedih ataupun putus cinta sehingga Syafiq menangis bersungguh-sungguh sehingga matanya bengkak. Memang feel habis tu..

Bermula daripada babak tersebutlah hubungan mereka semakin mesra dan tidak dingin seperti sebelum ini sehinggalah hari seterusnya. Tiba sahaja waktu rehat pasti mereka berdua akan duduk bersama didalam kereta sehingga berjam-jam lamanya. Buat apa tu? Sedang mengimbau memori lama ke?

Kalau benar mereka kembali bercinta, baguslah tiada lagi orang akan bergosip mengenai hubungan mesra Uqasha dengan Iqram lagi kan? Harapnya kali ini kekal lah yer..

Sumber Berita: Harian Metro


Comments are closed.

Loading...