Pelakon jelita, Uqasha Senrose tampil memberikan respon setelah dihubungi media berkenaan dakwaan rumah tangga bersama aktor Kamal Adli sedang bergolak.
Dakwaan tersebut timbul apabila kedua-duanya dilihat sudah tidak mengikuti akaun media sosial masing-masing.
Ketika dihubungi, Uqasha berkata dia enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan itu dan merasakan tindakan tidak mengikuti akaun media sosial itu adalah perkara normal dan biasa.
Maaf saya tengah shooting, saya tak nak jawab apa-apa please.
Saya tak mahu beri sebarang kenyataan, saya rasa (unfollow) tu biasa kot. Saya tak mahu jawab apa-apa terima kasih.
Sebelum ini, pasangan itu pernah terpalit dengan kontroversi yang sama namun disangkal mereka berdua.
Sekadar info, Kamal Adli dan Uqasha telah selamat mendirikan rumah tangga pada November, 2021.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira yang kini berusia 10 bulan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.