Uqasha Senrose Bercinta Dengan Remy Ishak?

Hiburan

Uqasha Senrose Bercinta Dengan Remy Ishak?

Uqasha Senrose memang tidak pernah lekang dengan gosip percintaan, tapi sehingga kini beliau masih lagi belum berjumpa dengan Mr Right yang mampu membahagiakan beliau.

Advertisement

Sejak putus tunang dengan Pekin Ibrahim, Uqasha dikaitkan dengan beberapa artis  lelaki seperti Syafiq Kyle, Iqram Dinzly. Kali ini beliau dikatakan sedang bercinta dengan aktor kacak dan macho Remy Ishak dek kerana mesra bersama.

Melalui rancangan hiburan sensasi Melodi, Uqasha menjelaskan mereka hanya kawan biasa dan tidak pernah memikirkan soal percintaan.

Uqasha memang berkawan, kawanlah macam biasa. Saya memang berkawan, kawan je. Saya tak tau sebab saya tak tau apa yang jadi pada in future. Tapi for now memang saya berkawan saja.Takde pun fikir apa-apa ke takde, saya kawan, jumpa kat event, duduk sekali, nothing serious.

Sampai bila la agaknya Uqasha Senrose akan di buru dengan kontroversi tentang percintaannya. Jap, apa pulak status hubungan beliau bersama Syafiq Kyle? Sampai sekarang peminat masih lagi keliru. Mungkinlah Uqasha mengamalkan kata-kata orang tua, berkawan biar seribu selepas itu barulah bercinta dengan orang yang betul-betul sesuai dengan kita. Heh?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...