Bergelar pelakon bukan sahaja akan dihimpit dengan kontroversi ataupun gosip sahaja, tetapi ada juga peminat yang akan bertindak liar demi memuaskan nafsu mereka. Itulah yang terjadi kepada Uqasha Senrose yang merasa sangat berang apabila ada seorang peminat meminta foto bogelnya dengan alasan akan berhenti komen negatif tentang Uqasha di media sosial.
Individu terbabit turut mengugut akan mengodam akaun Instagram Uqasha sekiranya beliau tidak memenuhi permintaan tersebut.
Memang satu pengalaman yang ngeri sekiranya menerima mesej dan permintaan lucah seperti ini. Uqasha sebenarnya bukanlah mangsa yang pertama, sebelum ini Rozita Che Wan, Nora Danish, Ajak Shiro dan beberapa artis lain pernah mengalami nasib yang sama.