Uqasha Senrose Akui Sedang Rapat Dan Mengenali Hati Budi Ben Amir

Hiburan

Uqasha Senrose Akui Sedang Rapat Dan Mengenali Hati Budi Ben Amir

Kemesraan dan senyuman yang terukir di wajah Uqasha Senrose ketika bersama Ben Amir di dalam foto yang dimuat naik di Instagram menimbulkan tanda-tanya adakah mereka ini sedang menjalin hubungan istimewa? Rata-rata netizen juga setuju bahawa mereka berdua sangat sepadan bersama.

Advertisement

Menafikan mereka sedang menyulam cinta, Uqasha bagaimanapun mengakui beliau rapat dengan Ben dan dalam proses mengenali hati budi masing-masing.

Paling penting beliau cukup selesa berkawan dengan Ben dan dapat menjadi diri sendiri apabila bersama jejaka itu.

Selama sembilan bulan saya berdiam diri tanpa ada cerita yang mengaitkan saya dengan mana-mana lelaki. Jadi, apa salahnya saya beri peluang kepada diri sendiri untuk kenal orang baharu. Perkara ini berlaku pun bukan dirancang. Saya tidak menjangka kami akan berjumpa semula selepas dia berlakon dengan adik saya, Nelydia.

Kami kemudian berkawan rapat selepas menyedari ada keserasian antara kami. Jujur saya akui sangat selesa berkawan dengan Ben. Ini kerana apabila bersamanya, saya boleh jadi sendiri. Tak perlu nak berhias berlebih-lebih kalau keluar dengannya berbanding sebelum ini. Biasalah, kalau kita sukakan seseorang itu kita akan sentiasa cuba bergaya untuk buat dia tertarik. Namun, apabila dengan Ben, penampilan saya sangat ringkas dan dia tidak merungut pun.

Ditanya adakah beliau akan menerima Ben sebagai teman lelakinya satu hari nanti, Uqasha hanya mampu tersenyum dan meminta mendoakan yang baik-baik buat mereka berdua.

Sumber Berita : BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

27 Comments

  1. aaaaa

    August 4, 2018 at 12:43 am

    seriously semua lelaki handsome sikit semua nak try kah?

  2. qqqqq

    August 2, 2018 at 4:12 pm

    kesian uqasha ni..

    harap ude wahid sudi la amik uqasha ni jd wife no 2…
    die je satu2 nye lelaki yg mampu membahagiakan uqasha.
    aku yakin sgt kehidupan izreen-ude-uqasha akan bahagia

  3. kakak

    August 2, 2018 at 1:20 pm

    bkn ke ben amir ni dulu bercinta dgn kerabat ape tah. ade aviation company

  4. melati

    August 2, 2018 at 11:26 am

    masa dgn hefny ckp “sebelum ni saya tak pernah mengaku bercinta dgn mana2 lelaki.. tapi dia lain” saya mengaku bercinta dengan dia…ohhhh please qashaaaaa

  5. senyum manis

    August 2, 2018 at 10:17 am

    playgirl aje dia ni ….errmmm

Loading...