Uqasha Memenuhi Kriteria Untuk Watak Izzah – Penerbit Teater Ombak Rindu

Hiburan

Uqasha Memenuhi Kriteria Untuk Watak Izzah – Penerbit Teater Ombak Rindu

Sebelum ini, Uqasha Senrose menerima kritikan hebat apabila bakal membawakan watak Izzah menerusi teater Ombak Rindu. Ada juga pihak mempertikaikan bakat Uqasha yang masih dianggap “mentah” dan  juga soal beliau yang bertudung agak kurang sesuai dengan watak asal Izzah dimana ada adegan yang menampilkan Izzah tidak mengenakan tudung.

Malah, pada awalnya penerbit teater Ombak Rindu mahukan artis wanita yang tidak bertudung bagi menjayakan watak popular itu.

Advertisement

Namun, menurut penerbit tersebut iaitu Siti Rohaya Atan, mereka sebelum ini sudah memilih beberapa pelakon popular seperti Siti Saleha dan Amyra Rosli, tetapi masing-masing mempunyai komitment lain dan akhirnya membuat keputusan untuk memilih Uqasha sebagai pelakon utama.

Buat Siti Rohaya, lakonan Uqasha bagus selain mempunyai daya penarik dari segi kejelitaannya.

Soal Uqasha bertudung bagi saya itu hanyalah satu masalah kecil. Memang dalam novel Ombak Rindu 1, 2 dan 3, watak Izzah tidak bertudung. Apabila pelakon untuk watak Izzah bertudung, kami tiada masalah untuk disesuaikan dengan penampilannya.

Mahu atau tidak, mereka perlu utamakan pelakon popular dan ada rupa untuk dijadikan satu tarikan penonton membeli tiket. Bagaimanapun, mereka tidak sesekali berkompromi soal bakat.

Mereka yang dipilih mesti ada bakat, bukan hanya mengambil pelakon berwajah cantik atau kacak saja kerana ini pentas teater yang berbeza dengan lakonan di TV atau pun di layar perak.

Harapnya percaturan penerbit untuk menggunakan rupa dan populariti Uqasha Senrose demi menarik perhatian ramai menonton teater Ombak Rindu tidak salah. Uqasha juga harus membuktikan beliau mempunyai bakat  apabila diberikan watak yang agak berat dalam pementasan teater tersebut.

Sumber Berita : Harian Metro

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...