“Uqasha, ‘Kacip’ Tu Apa Ya?” – Respon Uqasha Senrose Terhadap Individu Ini Jadi Tumpuan Ramai

Hiburan

“Uqasha, ‘Kacip’ Tu Apa Ya?” –  Respon Uqasha Senrose Terhadap Individu Ini Jadi Tumpuan Ramai

Pelakon Uqasha Senrose dilihat kekal tenang berdepan komen negatif meskipun isu pergolakan rumah tangganya terus hangat diperkatakan warganet.

Walaupun menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai, pemilik nama penuh Nik Zaris Uqasha Senrose Nik Sen memilih untuk tidak melayan provokasi dan menumpukan perhatian kepada dirinya serta keluarga.

Advertisement

Menerusi tinjauan media, Uqasha menerima komen berbunyi ‘kacip’istilah bernada negatif pada hantaran terbarunya di media sosial. Namun, pelakon drama Perempuan Tanpa Dosa itu tampil menegur secara sopan.

Uqasha Senrose

Awak kenapa? Kalau tiada benda yang baik nak cakap, tidak perlu kacau orang macam itu.

Sebelum ini, Uqasha memfailkan permohonan cerai pada 1 Oktober lalu atas alasan tiada persefahaman dengan suaminya, pelakon Kamal Adli.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 19 bulan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Aliff Aziz
2025-12-01 09:24:03

"Allah Sentiasa Bersama Mu..." - Hantaran Terbaru Aliff Aziz Raih Perhatian, Alunan Bacaan Al-Quran Dipuji Lunak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...