Uqasha Dedah Punca Suami Diserang – “Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya”

Hiburan

Uqasha Dedah Punca Suami Diserang – “Dia Cemburu Kamal Kahwin Dengan Saya”

Pelakon, Kamal Adli dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian belakang kepala selepas dipukul oleh individu tidak dikenali dengan menggunakan cota ketika berada di ekspo jualan ‘Hari Raya Mega Sale’, Singapura.

Susulan kejadian, Kamal berada dalam keadaan lemah dan berlumuran darah selain terpaksa ditidurkan untuk menjalani pembedahan akibat kecederaan yang dialaminya.

Advertisement

Menurut laporan Utusan, isterinya yang juga merupakan pelakon, Uqasha Senrose mendedahkan individu berkenaan sememangnya mempunyai isu peribadi dengan suaminya.

Bukan itu sahaja, pelaku turut mengakui cemburu dengan Kamal kerana berkahwin dengan aktres jelita berkenaan.

Malah, apa yang lebih membimbangkan ialah pasangan selebriti itu menerima ugutan daripada pelaku yang meluahkan hasrat ingin mencederakan adik-beradik Uqasha.

Dia cemburu bila Kamal berkahwin dengan saya. Dia kata dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya dan kami akan menanggung akibatnya.

ws

Kalau dia ada cota dan senjata tajam, tak mustahil dia ada senjata api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugutan.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan pelaku yang berasal dari Singapura itu adalah masih siuman.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

Kamal Adli Cedera Parah, Diserang & Dipukul Lelaki Tak Dikenali Ketika 'Event' Di Singapura

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Utusan

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...