February 2nd, 2017

Selapas Uqasha Senrose menafikan gosip beliau sedang bercinta dengan Hefny Sahad, kini Hefny juga tampil menjelaskan perkara yang sama. Menurut Hefny, mereka masih lagi dalam fasa mengenali hati budi masing-masing meskipun hubungan mereka agak rapat.

Kami dalam fasa saling mengenali. Sekarang ini, Uqasha ialah wanita yang paling rapat dengan saya. Bagaimanapun, saya tak nak cakap lebih kerana menghormati beliau.

Saya juga tidak mahu nanti masyarakat menganggap kami cuma mencari publisiti. Kalau boleh, biarlah orang lebih nampak hasil kerja kami dalam industri seni.

Dalam pada itu, Hefny akui beliau suka dengan sikap pelindung yang ada dalam diri Uqasha dan tidak menafikan wanita itu mempunyai ciri-ciri untuk dijadikan sebagai isteri.

Saya melihat dirinya sebagai seorang pelindung dan perbuatannya nampak ikhlas, seperti seorang ibu menjaga anak-anaknya.

Saya juga ada ‘deria keenam’ yang mampu melihat Uqasha sebagai wanita dengan ciri-ciri yang boleh dijadikan sebagai isteri.

Amboi, ayat paling epik tu ada “deria keenam” yang Uqasha boleh dijadikan sebagai isteri. Hehe..Kalau ada jodoh satu hari nanti apa salahnya kan?

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...