Uptown Danau Kota Tamatkan Operasi, Peniaga Dipindahkan Ke Tapak Sementara

Trending

Uptown Danau Kota Tamatkan Operasi, Peniaga Dipindahkan Ke Tapak Sementara

Buat mereka yang sering berkunjung ke uptown pastinya cukup biasa dengan Uptown Danau Kota yang boleh dikatakan antara uptown yang best untuk membeli belah. Bukan sahaja kerana harga yang murah tapi kerana lokasinya yang besar dan ada banyak pilihan boleh dipilih.

Pada 29 Oktober yang lalu merupakan hari terakhir peniaga beroperasi di Uptown Danau Kota itu. Selepas 13 tahun beroperasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis pemindahan pada 4 Oktober 2019.

Advertisement

Selepas ini, mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju.

notis pengosongan uptown danau kota
Berdasarkan notis pengosongan itu, peniaga diminta berpindah dan mengosongkan tapak pada 30 Oktober 2019. Berita pemindahan Uptown Danau Kota ini juga telah dikongsikan oleh akaun Asal Gombak di Twitter.

Sebelum berpindah ke tapak Bazaria, peniaga akan diberi tapak sementara kerana projek tersebut masih belum siap. Ianya tidak jauh dari lokasi asal iaitu di tapak bekas loji bersebelahan dengan SK Danau Kota.

uptown danau kota
Netizen juga tidak dapat menahan kesedihan apabila mendengar berita penutupan Uptown Danau Kota baru-baru ini. Memang banyak kenangan di sana lagi-lagi golongan pelajar yang sering berkunjung semasa zaman belajar dulu.




Terima kasih, Uptown Danau Kota. Anda akan dirindui.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...