Buat mereka yang sering berkunjung ke uptown pastinya cukup biasa dengan Uptown Danau Kota yang boleh dikatakan antara uptown yang best untuk membeli belah. Bukan sahaja kerana harga yang murah tapi kerana lokasinya yang besar dan ada banyak pilihan boleh dipilih.
Pada 29 Oktober yang lalu merupakan hari terakhir peniaga beroperasi di Uptown Danau Kota itu. Selepas 13 tahun beroperasi, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah mengeluarkan notis pemindahan pada 4 Oktober 2019.
Selepas ini, mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju.
HARI TERAKHIR UPTOWN DANAU KOTA
Semalam adalah hari terakhir Uptown Danau Kota beroperasi sejak 2006 selepas menerima notis pengosongan tapak diberikan oleh DBKL.
Lepas ini mereka akan berpindah di sebelah JPJ Wangsa Maju dan akan diberi nama Bazaria Wangsa Maju. pic.twitter.com/NckWnnvikM
— Asal Gombak (@AsalGombak) October 30, 2019
Sebelum berpindah ke tapak Bazaria, peniaga akan diberi tapak sementara kerana projek tersebut masih belum siap. Ianya tidak jauh dari lokasi asal iaitu di tapak bekas loji bersebelahan dengan SK Danau Kota.
Thank youuuu Uptown Danau :( Student uia selalu pergi sini sebab dekat dengan UIA & KL Fest ? You will be missed.
— Mai (@MaisarahMahmud) October 30, 2019
Banyak kenangan di. Uptown danau kota.
— einamizi (@madaminazalina) October 30, 2019
Selamat tinggal uptown danau kota.sama macam uptown Damansara dulu. Sekarang ini ditempat baru tidak seceria dan segah yg dulu.
— EZRY (@ezryhalil) October 30, 2019
Memories sgttt lg2 time hari raya aidilfitri ??
— eynaaa (@misztiena67) October 30, 2019