Upload Status Tak Layak Ni Nak Apa Sebenarnya, Menganjing? – Fynn Jamal

Hiburan

Upload Status Tak Layak Ni Nak Apa Sebenarnya, Menganjing? – Fynn Jamal

Marah sungguh nampaknya Fynn Jamal dengan segelintir netizen dan selebriti yang seakan sengaja menayang “screenshot” permohonan mereka untuk Bantuan Prihatin Nasional (BPN) tidak diluluskan.

Advertisement

Tidak dapat dipastikan apa tujuan sebenar mereka berbuat demikian, tetapi seolah-olah ingin menunjuk-nunjuk bahawa mereka mempunyai pendapatan lebih dan kaya raya. Fynn menyifatkan mereka sebagai riak dan menagih perhatian.

Tambah Fynn lagi, ketika krisis sedang melanda negara, mereka yang berduit sepatutnya tampil membantu memudahkan masyarakat, saudara mara serta kawan-kawan yang lebih memerlukan.

“Dengan caption pseudo sedih tu, nak apa? Menganjing ke?”

fynn jamal fynn jamal status tak layak fynn jamal status tak layak

Pada pendapat Fynn, sekiranya pihak terbabit sengaja berlakon sedih, maknanya mereka sebenarnya ingin “menganjing” pihak tertentu.

Terdahulu, ada beberapa pihak termasuk ahli perniagaan kontroversi Datuk Seri Aliff Syukri ada memuat naik status semakan BPN menunjukkan dia tidak layak memohon bantuan itu. Dia turut meluahkan rasa sedih tidak menerima bantuan tersebut sedangkan perniagannya juga merundum sepanjang tempoh PKP.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...