Walaupun kini semakin kurang aktif dalam dunia hiburan, pelakon, Fathia Latiff tetap menjadi tumpuan orang ramai.
Terkini, Fathia atau Nur Fathia Binti Abdul Latiff sekali lagi mendapat perhatian netizen selepas memuat naik hantaran di laman Instagram miliknya.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon berusia 35 tahun itu dilihat menggayakan dress berwarna peach sambil menunjukkan sisi wajahnya.
Namun, apa yang menjadi perhatian orang ramai ialah wajah Fathia yang didakwa kelihatan agak berbeza dari sebelum ini.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan mereka hampir tidak mengenali pelakon Nur Kasih itu.
Bukan itu sahaja, mereka turut mendakwa Fathia telah menyunting fotonya sehingga nampak seperti orang lain.
Bagaimanapun, ada juga segelintir peminat yang tetap memuji kecantikan pelakon berasal dari Pulau Pinang itu.
Terdahulu, Fathia pernah mendedahkan bahawa dia ada melakukan suntikan filler pada rahang dan wajahnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.