Hampir setiap hari sejak mereka mendirikan rumah tangga, pendakwah selebriti Dai Syed sering berkongsi kemesraan bersama isteri, Hana Ismail di media sosial.
Malah, sesetengah netizen sudah mula berasa muak dan ‘annoyed’ dengan konten dimuat naik oleh pasangan ini kerana dikatakan terlalu ‘over’.
Terbaru, penampilan Hana yang juga merupakan pengacara TV meraih perhatian netizen selepas dia memuat naik beberapa gambar termasuklah bersama suami tercinta.
Menerusi hantaran di Instagram itu, Hana dilihat menggayakan jubah serta tudung bertemakan warna putih dan hitam namun ramai berasa kurang senang dengan gaya hijab terbarunya pula.
Segelintir individu meluahkan rasa kecewa mereka dan mendakwa tudung pengacara berusia 36 tahun itu semakin singkat berbanding sebelum ini yang labuh menutupi dada.
Meskipun dikritik sesetengah orang, ramai pengikut Hana di Instagram menyebelahinya dan berkata ia tidak menjadi masalah asalkan tidak menampakkan bentuk yang tidak sepatutnya.
Terdahulu, Hana dan Syed dinikahkan pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.