‘Upload’ Gambar Depan Surau, Zizan Razak & Hawa Rizwana Ditegur – “Mana Halal Gap?”

Hiburan

‘Upload’ Gambar Depan Surau, Zizan Razak & Hawa Rizwana Ditegur – “Mana Halal Gap?”

Baru-baru ini, pelawak dan pelakon Zizan Razak sering memuat naik hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya bersama pengacara, Hawa Rizwana Redzuan.

Menerusi sebuah hantaran, Zizan atau nama sebenarnya Mohd Razizan Abdul Razak dilihat berdiri bersebelahan dengan aktres berusia 27 tahun itu di hadapan sebuah surau.

Advertisement

Malah, pelawak yang terkenal dari kumpulan Jozan itu turut sempat bertanyakan kepada peminat mengenai apa persamaan gambar tersebut di ruangan kapsyen.

Apa persamaan dalam gambar ni? Cuba jawab dengan jujur. Tolong jangan main main ok. Kalau tak kene tumit atas pundi.

Bagaimanapun, lain pula yang menjadi perhatian netizen apabila melihat kemesraan Zizan dan Hawa yang dikatakan seperti pasangan suami isteri.

Meninjau di ruangan komen, pengguna media sosial meluahkan rasa kurang senang dan menegur kedua selebriti itu kerana terlalu rapat semasa bergambar.

Bukan itu sahaja, netizen turut menasihatkan Zizan dan Hawa agar menjaga jarak dan ikhtilat memandangkan mereka sedang berada di surau.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

1 year ago

"Difitnah Pun Salah Satu Rezeki. Alhamdulillah, Allah Masih Berikan Kesabaran" - Fizo Omar Balas Sindiran Mawar Karim Ke?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...