Upin Ipin ‘Mendunia’! Pelajar Sekolah Korea Selatan Dah Hafal ‘Tagline Dua Singgit’ Watak Mael

Kehidupan

Upin Ipin ‘Mendunia’! Pelajar Sekolah Korea Selatan Dah Hafal ‘Tagline Dua Singgit’ Watak Mael

Rancangan animasi kartun Upin Ipin sememangnya sudah sinonim dengan rakyat Malaysia dan juga telah terkenal di rantau Indonesia.

Namun, siapa sangka kartun animasi dua beradik popular itu sudah pun ‘merantau’ ke negara Korea Selatan pula?

Advertisement

Seperti satu video yang tular ini, kelihatan sekumpulan pelajar sekolah di negara Korea Selatan sedang asyik menonton siri animasi Upin Ipin di dalam kelas.

Apa yang paling mencuit hati adalah apabila para pelajar dirakam bersorak dan ketawa apabila babak-babak lucu animasi itu ditayangkan di kaca TV.

Guru yang juga pemilik akaun TikTok itu memaklumkan bahawa para pelajarnya sudah hafal akan tagline karakter Mael iaitu ‘dua singgit’ yang sering disebut-sebut watak itu ketika menjual ayam goreng di pasar malam.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sama-sama teruja dan terhibur apabila melihatkan warga asing ‘enjoy’ akan watak animasi popular itu.

Netizen juga bangga apabila Malaysia mempunyai kartun animasi tersendiri bertaraf antarabangsa yang dapat mempamerkan kehebatan bakat-bakat tempatan kita.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Vivy Yusof masuk hsopital
1 hour ago

"Terlalu Banyak Untuk Diperkatakan.." - Vivy Yusof Kongsi Foto Di Hospital Setelah Diasak Beri Penjelasan Berkenaan Khazanah & PNB

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...