Salah satu elemen penting dalam rumah adalah tandas yang bersih dan selesa digunakan. Ramai tak sedar yang bidet biasa boleh menyebabkan percikan air tak terkawal, mudah terkena lantai, pakaian, malah tangan sendiri.
Ini meningkatkan risiko pencemaran silang (cross contamination). Ini belum termasuk risiko tergelincir akibat lantai basah.
Untuk menangani isu ini, bidet seat macam Coway Flowlet memang direka khusus bagi mengurangkan risiko sambil bagi pengalaman penggunaan tandas lebih selamat, bersih dan mudah.
Kenapa Bidet Coway Flowlet Ini Penting Untuk Rumah Malaysia?
Bidet Coway Flowlet Ini bukan tentang gaya hidup mewah. Ini tentang amalan kebersihan diri yang lebih baik, kehidupan harian yang lebih selesa, dan kurang risiko pencemaran silang yang kita tak nampak.
Sebenarnya, penggunaan bidet seat seperti Bidet Coway Flowlet:
-Mengurangkan air bertakung/percikan pada lantai
-Lebih efektif dan lembut untuk penjagaan kawasan sensitif
-Menjadikan tandas lebih moden dan kemas
Inilah masa untuk rakyat Malaysia mula buat pertimbangan semula.
Apa sebenarnya maksud “bersih” bila kita guna tandas?
Bidet Coway Flowlet Bukan Lagi Untuk Rumah Fancy
Dengan pilihan seperti Bidet Coway Flowlet dan Bidet Coway Flowlet Plus, teknologi tandas moden kini lebih mudah dimiliki oleh semua.
Tak perlu rumah besar. Tak perlu bajet renovasi ribu-ribu. Juga tak perlu sambungan elektrik pun dalam kebanyakan kes.
Yang diperlukan cuma satu benda, iaitu kemahuan nak hidup lebih bersih dan selesa.
Kalau sebelum ni rasa penggunaan bidet seat macam sesuatu yang “over”, mungkin inilah masa untuk bagi peluang. Silap-silap, lepas cuba… memang tak nak balik guna bidet biasa lagi.
Jom tengok kenapa ramai mula suka dengan teknologi ni.
1. Ciri Nozzle Cuci, Sterilisasi Sendiri
Inilah ciri yang paling ramai tak tahu tapi sangat penting. Coway memperkenalkan dua model iaitu Bidet Coway Flowlet dan Bidet Coway Flowlet Plus dengan keistimewaan tersendiri.
Bidet Coway Flowlet Plus kini lebih canggih kerana ia secara automatik mensanitasi laluan air, muncung bidet dan mangkuk tandas menggunakan air berelektrolisis.
2. Liputan Lebih Menyeluruh Dengan Auto Move
Tak yakin bila guna bidet biasa? Flowlet dilengkapi nozzle bijak yang bergerak ke depan dan ke belakang, jadi setiap bahagian dibersihkan dengan lebih sekata dan menyeluruh.
Senang cerita, less effort, lebih bersih.
3. Reka Bentuk Splash-Safe, Tak Lagi Risau Lantai Basah
Kedua-dua model terbina dengan IPX water resistance, cover dan panel kawalan dilindungi daripada percikan air. Apa yang berbeza adalah Bidet Coway Flowlet terbina dengan IPX5 yang melindungi dari pancutan air.
Manakala Bidet Coway Flowlet Plus pula dengan IPX6 yang berupaya melindungi pengguna dari pancutan air lebih kuat.
Ciri Splash-Safe menjamin keselamatan penggunaan untuk golongan kanak-kanak serta warga emas.
4. Lebih Kering, Lebih Selamat
Flowlet direka supaya lantai bilik air kekal lebih kering, mengurangkan risiko lantai licin dan memastikan kawasan tandas lebih bersih dan selamat.
Benda ini nampak kecil, tapi sangat penting terutama untuk rumah dengan anak kecil atau warga emas.
5. Butang Ringkas & Mudah Difahami
Panel sisi yang minimal, besar dan jelas menjadikan setiap penggunaan sangat mudah untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa.
6. Lebih Lembut, Lebih Selesa
Bidet Coway Flowlet dilengkapi ciri micro-perforated hole yang menjadikan semburan air lebih lembut dan lebar untuk mencuci secara efektif.
Bidet Coway Flowlet Plus pula dilengkapi ciri boleh laras untuk pencucian di bahagian depan dan belakang.
5 tahap tekanan air – Mahukan semburan yang lebih lembut atau lebih kuat? Pilih dari 5 tahap tekanan air mengikut keselesaan.
Pemanasan tempat duduk 4 tahap – Tiada lagi saat terkejut suhu sejuk dengan pemanasan 4 tahap pada tempat duduk.
Kawalan suhu air 4 tahap – Pengguna Bidet Coway Flowlet Plus boleh memilih suhu air mengikut kesesuaian bagi pencucian selesa.
Kawalan suhu udara 4 langkah – Kehabisan tisu untuk mengeringkan selepas cucian? Tak perlu lagi dengan ciri ini bagi mengeringkan bahagian sulit selepas selesai gunakan tandas.
Jadi, tak ada rasa terkejut atau terlalu kuat, cucian lembut dan bersih yang selesa setiap kali.
7. Pemasangan Tanpa Fikir Banyak
Tak ada soket? Tak ada elektrik? Tak ada masalah.
Bidet Coway Flowlet dioperasikan dengan bateri, jadi ia boleh dipasang di kebanyakan tandas rumah Malaysia tanpa kerja wiring atau renovasi.
Bidet Coway Flowlet Plus pula merupakan bidet elektronik dengan pemasangan bebas stress. Serahkan kepada juruteknik Coway yang akan uruskan sistem paip dan elektrik tanpa pelanggan perlu berbuat apa-apa.
Untuk maklumat lanjut mengenai Bidet Coway Flowlet dan Bidet Coway Flowlet Plus, lawati laman produk Bidet Coway Flowlet (harga bermula RM35/bulan*) & Flowlet Plus (harga bermula RM40/bulan*) dan jangan lupa follow laman sosial Coway berikut:
Facebook : https://www.facebook.com/CowayMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/officialcowaymalaysia/
Youtube : https://www.youtube.com/@CowayMalaysiaOfficial
TikTok : https://www.tiktok.com/@officialcowaymalaysia
*Tertakluk terma & syarat





