Masih hebat diperkatakan netizen kala ini mengenai isu pergolakan rumah tangga antara pasangan Syamsul Yusoff dan isterinya, Puteri Sarah Liyana berikutan kehadiran orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Ia semakin hangat apabila pengarah filem Mat Kilau itu muncul buat pertama kali dalam temubual bersama Pak Nil dalam program Hard To Heart.
Sempat ditanyakan mengenai status Ira dalam hidup Syamsul, bapa kepada dua anak itu hanya mengunci mulut dan enggan memberikan sebarang komen mengenai hal itu.
Baru-baru ini, ibu kepada Syamsul, Datin Fatimah Ismail ada memuat naik satu hantaran di Instagram Story yang ternyata membuatkan hati netizen sedikit sebak.
Dalam hantaran itu, Datin Fatimah telah memuat naik foto anak dan menantunya bersama cucu di saat mengecap kebahagiaan. Dia juga mengenakan lagu latar belakang yang agak sedih daripada Opick berjudul ‘Cahaya Hati’.
Lirik lagu yang cukup membayangkan kesedihan ibu Syamsul itu pastinya membuatkan peminat yang mengikuti kisah pergolakan rumah tangga itu tersentuh.
Terdahulu, Datin Fatimah pernah tampil bersuara di mana dia berharap agar pihak media tidak menyebarkan berita yang belum dipastikan kesahihannya.
Dia juga memaklumkan bahawa Syamsul sebelum ini berdiam diri kerana enggan mengeruhkan lagi keadaan dan masih sayangkan Puteri Sarah dan anak-anak.