Seperti ramai sedia maklum, pelakon Nad Zainal sudah ditidurkan dan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan di Ampang.
Rakan artis, Ungku Ismail menjadi individu yang menerangkan tentang sakit dialami Nad dan berkongsi perkembangan aktres itu dari masa ke semasa.
Hal tersebut membuatkan peminat tertanya-tanya tentang hubungan di antara aktor dan akstres yang mula rapat sejak menjalani penggambaran drama Cina Buta itu.
Menjawab persoalan ramai, aktor berusia 36 tahun itu mendedahkan bahawa dia dan Nad sedang mengenali hati budi masing-masing serta mempunyai banyak perancangan terutamanya dalam hal kerja.
Selepas penggambaran Cina Buta, selepas cerai (Nad), kami banyak berbincang soal kerja dan content Youtube. Dalam pada masa sama, tidak dinafikan akmi sedang megenal hati budi masing-masing. Boleh katakan setiap hati kami contact dan kebanyakannya pasal kerja.”
Bukan itu sahaja, Ungku turut akui berasa terkesan dan kehilangan apabila Nad tiba-tiba jatuh sakit memandangkan mereka memang rapat dan selalu buat konten travelog bersama.
Tambah Ungku lagi, dia mahu mendengar sendiri tentang keadaan Nad daripada doktor yang merawatnya dan akui tidak kisah dengan spekulasi netizen jika mereka berdua menjalinkan hubungan.
Kami memang rapat. Setiap hari mesej…jadi bila tiba-tiba dia tak mesej, rasa hilang. Saya terkesan sebab terasa hilang partner.”
Terdahulu, Ungku Ismail kerap berkongsi tentang perkembangan keadaan aktres berusia 32 tahun itu yang berada di ICU sejak Isnin kerana paru-paru berdarah.