Tular sebuah video di media sosial baru-baru ini mempamerkan sambutan meriah Festival Musim Sejuk Jazan di Arab Saudi. Bagaimanapun, ada sesuatu yang mencuri perhatian ramai orang sehingga negara itu dikritik hebat.
Menerusi rakaman itu, beberapa penari wanita berpakaian seksi dilihat sedang asyik menari di tengah-tengah jalan sambil melayan kanak-kanak yang minta untuk ‘high five’. Penampilan menjolok mata itu menjadi bualan hangat sehinggakan ada yang memaksa pihak berkuasa tempatan membuka kertas siasatan terhadap pesta itu yang berlangsung pada 11 Januari lalu.
Umum tahu negara itu terkenal dengan pelbagai undang-undang yang memerlukan wanita menjaga pakaian dan batas pergaulan. Disebabkan itu, ramai pihak mempertikaikan pesta berkenaan kerana terang-terangan semua penari tersebut melanggar cara berpakaian di Arab Saudi.
Komen seorang warganet,
Ini adalah contoh apa yang saya panggil sebagai #WhiskeyWahhabi.”
#SaudiArabia : These dancers in #Jazan taking part in current festival there have been condemned by some online, prompting local governor to order investigation #????_?????_2022 pic.twitter.com/wszoDgb1qs
— sebastian usher (@sebusher) January 8, 2022
Disebabkan pesta itu dikatakan menganjurkan hiburan yang melampau, kerajaan Arab Saudi terima kecaman hebat daripada pelbagai pihak.
Difahamkan, siasatan bakal dijalankan ke atas penganjur acara dan penari seksi yang terlibat. Sementara itu, Putera Mohammed bin Nasser bin Abdulaziz selaku gabenor wilayah barat daya mendakwa telah menghantar pasukan untuk menyiasat kejadian berkenaan.
Katanya menerusi Twitter,
Gabenor Jazan telah mengarahkan siasatan pantas dilakukan terhadap kumpulan penari yang menghadiri Pesta Musim Sejuk Jazan di pusat bandar, serta mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah sebarang kesalahan.”