March 6th, 2018

Baru-baru ini, ada artikel dari Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi menegur trend sesetengah pihak yang menjadikan kota suci Mekah sebagai tempat untuk berfesyen dan bukannya fokus kepada ibadah.

Ramai pula yang mengaitkan nama pelakon Rozita Che Wan dalam hal berkenaan. Iyalah, umum mengetahui beliau mempunyai jurugambar peribadi setiap kali bercuti ke luar negara termasuklah ketika beliau mengerjakan ibadah umrah.

Namun, Che Ta sedikit pun tidak terasa hati dengan isu tersebut. Menurut Che Ta, setiap foto yang dimuat naik ketika umrah hanyalah sekadar kenangan dan tidak bertujuan untuk berlagak.

Pada saya, artikel itu sekadar mengingatkan dan tidak memetik nama mana-mana artis jadi tidak terasa pun. Agak pelik juga bila orang terfikir nama saya seorang sedangkan ramai lagi artis yang pernah ke sana.

Niat saya memuat naik gambar kenangan di Mekah dengan harapan ia memberikan motivasi kepada mereka yang belum pernah sampai dan mengubat kerinduan pada ingin mengunjungi rumah Allah itu sekali lagi.

Harapnya dengan penjelasan Che Ta ini tiada lagi pihak yang salah sangka. Bagus juga Che Ta berkongsi foto ketika di Tanah Suci, ia boleh memberikan semangat untuk orang lain menjejakkan kaki ke Mekah dan dapat beribadah dengan tenang di sana.

Sumber Berita : Kosmo Online


33 responses to “Upah Jurugambar Ambil Foto Di Mekah Bukan Tujuan Untuk Berlagak – Che Ta”

  1. Anonymous says:

    pompuan ni mmg perasan tak sudah2…

  2. Anonymous says:

    setahu aku lah… dia shoot gmbr 20mins jer sehari… itu pun gmbr luar kaabah n luar masjid… sekurang2nyer cheta tak berlagak fake mcm retis2 alim tp g zouk… yg skit2 nk share video ngaji ker.. gmbr bertelukung ker… shoot depan kaabah ke.. dlm masjid ke… ala2 tadah tgn ke.. takde pun gmbr2 cheta sedang beribadah.. nk kecam pon agak2 lah… korang g umrah pon belum tentu camne… kot2 lebih 30mins sehari asek bergambar jer.. dpn kedai pon nk nk shoot 1 2.. beli nyer tak..

    • Jemah Kaki Gosip says:

      haha.ko tulis setahu ko tu cm ko je che ta..siap tau brgambar kt luar kaabah n luar masjid je..kahkahkah!.gigih sgt siap explain bagai :P

  3. alien says:

    pakej bergambar sebelum ke liang lahad dah tempah belum?

  4. mak cute says:

    mslh ko che ta bergambar 1 hal…sedondon dgn hbag cm nak g fesyen show ke hal…ko nak g buat amal ibadah ke apa…cm sakai la mn2 tempat pun jd nak show off…len kali g kat kubur x pun semak2

Loading...