Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Upah Cikgu Datang Rumah, Nad Zainal Akui Bukan Senang Nak Mengajar Anak Sendiri

Pelakon drama Hati Yang Tersakiti, Nad Zainal mengakui bahawa bukan mudah bagi dirinya untuk mengajar anak sulung kesayangan, Fahad Ibrahim yang kini berusia 4 tahun di rumah sepanjang musim COVID-19 ini.

Apa yang membimbangkan Nad apabila dia mengetahui bahawa kadar buta huruf dalam kalangan pelajar sekolah rendah kini semakin meningkat.

Advertisement

Justeru itu, Nad memberitahu bahawa dia telah mendapatkan perkhidmatan guru yang mengajar di rumah memandangkan anak lelakinya itu tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya jika diajar sendiri olehnya.

Dia dilihat telah memuat naik entri luahan rasa itu menerusi akaun Instagramnnya sambil memaparkan Fahad sedang diajar oleh seorang guru wanita di rumah mereka.

Dalam pada itu, Nad turut sempat memberi kata-kata semangat buat ibu bapa di luar sana yang turut terkesan dengan gejala COVID-19 ini.

View this post on Instagram

A post shared by ??? ????? (@nad.zainal)

“Saya berharap semua ibu-bapa tabah menghadapi situasi ini. Bukan senang tau, nak kerja lagi, nak mengemas, nak jadi cikgu. Tapi kenapa ya bila parents mengajar, anak cepat bosan? Dengan cikgu dia boleh pulak survive 1 jam tu?”

Sekadar info, Nad yang kini sedang hamil anak kedua telah pun mendirikan rumah tangga dengan lelaki pilihannya, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 yang lalu dan telah dikurniakan seorang anak lelaki bernama Fahad Ibrahim yang kini berusia 4 tahun.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama